Siakap Keli
Kredit: NBC News

Penduduk Florida Bersedia Lari Dari Dorian, Taufan Pemusnah Berkelajuan Lebih 200 Km/j

Titusville, Florida – Penduduk di sini mengumpul bungkusan guni pasir untuk melindungi rumah mereka dari Taufan Dorian yang dijangka melanda persisiran timur semenanjung negeri itu dalam masa terdekat.

Salah seorang penduduk, Deborah Henson, 49 berkata, ini merupakan taufan ketiga sejak dia berpindah ke Titusville satu dekad lalu, kira-kira 56 kilometer dari Orlando.

Semalam, Pusat Taufan Kebangsaan mengumumkan bahawa Taufan Dorian telah mencapai kategori 4 (berkelajuan 209 km/j hingga 251 km/j) dan momentumnya akan terus bertambah sebelum dijangka membadai persisiran tersebut pada minggu hadapan.

Berikutan itu, pihak berkuasa tempatan, Brevard County mewajibkan semua penduduk di lokasi berhampiran termasuk residensi tanah rendah yang cenderung ditimpa banjir agar berpindah keluar dari tempat tinggal mereka ke wilayah lain.

Sumber: NBC News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.