Siakap Keli

Rupanya Syarikat Guna ”Software” ATS, ”Checklist” Ini Jelaskan Kenapa Resume Anda Selalu Kena Tendang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Resume merupakan perkara terpenting untuk mendapatkan sesuatu kerja. Tanpa resume yang baik, pencapaian cemerlang graduan mungkin tidak ke mana-mana kerana ditolak sistem Applicant Tracking System (ATS).

Sistem ini digunakan majikan untuk menapis resume dalam jumlah yang banyak bagi memudahkan kerja mereka. Oleh itu, penting bagi pemohon untuk memastikan resume mengandungi kriteria lengkap agar tidak direject oleh sistem berkenaan.

Seorang pereka grafik, Mohamad Heiry Mohd Azmi berkongsi antara punca yang menyebabkan resume anda ditolak sistem.

Menurutnya, ATS merupakan satu perisian yang pada awalnya dihasilkan untuk kegunaan syarikat-syarikat besar yang setiap hari berhadapan dengan beribu-ribu permohonan pekerjaan.

Tugas-tugas untuk ‘memeriksa’ ribuan resume yang dihantar termasuk resume sendu akan diambil alih oleh ATS yang melalukan tugas collect, scan dan tapis bermulalah dari yang terbaik sehinggalah yang paling teruk.

Katanya lagi, pengguna-penggunanya adalah syarikat-syarikat besar namun hari ini 95 peratus syarikat-syarikat bergantung kepada software ini dan menjadi kebiasaan dalam syarikat-syarikat kategori small-medium company. 

Tak ada kata kunci

Majikan akan memprogramkan sistem ATS ini untuk menapis resume berdasarkan kata kunci spesifik dalam industri pekerjaan tersebut.

Sebagai contoh, bagi pemohon yang meminta kerja sebagai jurutera Industrial Effluent Treatment System (IETS), sistem berkenaan mungkin mencari kata kunci seperti berikut,

  • Ayat lengkap “Industrial Effluent Treatment System (IETS) Engineer” dengan singkatan sekali
  • CGPA dari 3.0 ke 4.0
  • Kata kunci seperti Email Address, Excel, Office, Words, Telephone, Chemical Engineering, atau pengalaman kerja spesifik dalam bidang dimohon

Dah letak kata kunci, tapi resume masih ditolak? Ini sebabnya;

1. Tak mesra ATS

2. Maklumat penting berada dalam HEADER/FOOTER

3. Terlalu banyak imej atau grafik

“Elakkan guna carta/meter bar/bintang/dots untuk bahagian skil atau bahasa. Kebanyakan templat resume atas talian menggunakan grafik ini dan akhirnya tidak dapat dikesan oleh ATS.

Sebaiknya gunakan perkataan untuk menerangkan bahagian ini seperti fluent, advance dan sebagainya. Selain itu, gunakan bullet points seperti huruf a,b,c atau angka roman dan dots biasa.

Cara semak resume anda lulus ATS atau tak

Kalau resume anda masih kemas dan mudah dibaca dalam fail .txt, maksudnya anda dah lulus ATS.

Tak semua syarikat guna ATS. Antara ciri syarikat menggunakan sistem ini ialah mereka yang mengggunakan khidmat perekrut pihak ketiga. Anda akan dihantar ke laman baru selepas klik ‘Apply Online‘.

Katanya, jika syarikat tersebut menggunakan emel syarikat sendiri untuk menerima resume, kemungkinan besar ia tidak menggunakan sistem tersebut, sebaliknya menapis secara manual melalui emel diterima.

Heiry turut menawarkan khidmat menghasilkan grafik dan menyemak resume.

Sumber: Eryazmi

Amira

Love yourself.