Siakap Keli
Foto: Twitter

(Video)31 Premis Di Sungai Lembing Musnah Terbakar

KUANTAN, 31 Ogos (Bernama) — Sebanyak 31 buah premis di Sungai Lembing di sini, musnah keseluruhan pada kebakaran yang berlaku pada 1.20 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohamad berkata kemusnahan melibatkan 11 buah rumah kongsi setingkat, 19 rumah kedai dua tingkat dan sebuah perpustakaan.

“Kebakaran dipercayai berlaku sekitar 1.20 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 3.55 pagi.

“Buat masa ini, pihak kami sedang membuat pemeriksaan menyeluruh kerana difahamkan terdapat sepasang suami isteri yang tidak ditemui dalam kejadian itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata lima jentera dengan kekuatan 54 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian, terdiri daripada dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Indera Mahkota, Taman Tas dan Gebeng.

Sumber: BERNAMA, @NurFashinaAzman

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.