Siakap Keli
Foto: YouTube BBC

(Video)Bawa Resepi Mak, Pemuda Malaysia Ini Kaut ”Investment” Ratusan Ribu Selepas Buat Juri Menangis Dalam Program Tv UK

Jika anda berminat dengan dunia keusahawanan, berkemungkinan besar anda pernah mendengar satu rancangan TV popular iaitu Shark Tank.

Bagi anda yang tidak mengetahuinya, ia adalah sebuah program di mana para usahawan membentangkan idea atau projek perniagaan mereka kepada pelabur bagi mendapatkan pelaburan atau bantuan bagi memperkembangkan bisnes mereka.

Di UK, ada satu lagi program TV yang hampir sama sepertinya iaitu Dragons’ Den.

Menariknya, baru-baru ini seorang usahawan yang berasal dari Malaysia, William Chew(Will) telah menyertai rancangan itu bagi membantu perniagaan pes cilinya dengan nama “Mak Tok Chilli Paste”.

Menurut Will, perniagaan itu bermula selepas dia berasa rindu akan kampung halaman serta pes cili ibunya ketika menyambung pengajian di UK.

Foto: YouTube BBC

Lantas, ibunya terus menghantarkan barang-barang serta resepi membuat pes cili kepadanya sebelum dia dan sepupunya membuat keputusan untuk menjualnya di sana.

Bermula sejak tahun 2017, perniagaan Mak Tok Chilli Paste ini semakin mendapat sambutan sehingga berjaya masuk ke dalam sebuah pasaraya di sana.

Will berjaya menarik perhatian lima juri yang terlibat dengan personaliti serta kisah di sebalik perjalanan bisnesnya.

Namun, atas beberapa faktor, empat daripada juri tersebut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada membuat pelaburan sebanyak £50,000(~RM254,000) sebagai pertukaran untuk 20% daripada pegangan syarikat yang dipinta Will.

Bagaimanapun, tertarik dengan sikap rendah diri serta tersentuh dengan kisah yang diceritakan Will, salah seorang juri telah membuat tawaran pelaburan kepadanya.

Foto: YouTube BBC

Mendengar tawaran itu, Will tiba-tiba sebak sehingga mengalirkan air mata. Juri yang membuat tawaran itu tadi juga tidak dapat menahan kesedihan sebelum Will menyatakan bersetujuan untuk bekerjasama dengannya.

Untuk anda yang belum melihat video pembentangan Will, anda boleh tontoninya di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=0HZftd5F0L0

Sumber: YouTube BBC

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.