Siakap Keli
Gambar: Bohemian Travelers

Ingatkan Untuk Tengok ‘View’ Cantik Je, Ini Fungsi Sebenar ‘Skybridge’ KLCC Ramai Salah Anggap

Menara Berkembar Petronas atau lebih dikenali sebagai KLCC merupakan bangunan yang menjadi identiti kepada negara Malaysia dan juga kebanggaan bagi masyarakat di negara ini. Tambahan lagi, ianya juga dijadikan tarikan utama pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri struktur bangunan KLCC yang megah terletak di kota Kuala Lumpur itu.

Gambar: Tempat Menarik

Menara KLCC secara keseluruhannya mempunyai 88 tingkat dan telah siap dibina pada tahun 1996. KLCC yang terdiri daripada dua menara ini telah direka oleh jurubina Argentina, Cesar Pelli dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-4 Malaysia pada ketika itu. Menara berkembar ini mempunyai pelbagai tarikan dan antara daripadanya ialah Suria KLCC, Aquaria KLCC, Jambatan KLCC dan juga Petrosains. Namun, apa yang difokuskan dalam penulisan kali ini ialah mengenai jambatan KLCC yang terletak ditengah-tengah antara dua menara itu.

Bukan daripada struktur kedua-dua menara

Apa yang anda perlu tahu mengenai jambatan KLCC di tengah antara dua menara itu tidak dibina bersama struktur asal bangunan menara. Lebih jelas lagi, ianya tidak dipasang terus kepada struktur menara KLCC. Jambatan ini boleh diakses oleh orang ramai tapi memerlukan tiket masuk yang dikeluarkan mengikut bilangan yang terhad bagi setiap hari. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya anda melihat ramai orang berbaris seawal 7 pagi untuk memasuki jambatan itu.

Gambar: Findbulous Travel

Bukan untuk stabilkan kedua-dua menara

Disebabkan jambatan ini dibina berasingan dengan kedua-dua menara KLCC, ianya menolak dakwaan ramai pihak yang mengatakan bahawa jambatan itu berfungsi untuk menstabilkan kedua-dua menara. Walaupun begitu, jambatan ini tetap boleh menjadi penyokong kepada struktur kedua-dua menara sekiranya terdapat angin yang kuat. Selain itu, orang ramai boleh mendapatkan pemandangan kota Kuala Lumpur yang menakjubkan menerusi jambatan ini.

Laluan kecemasan

Jambatan ini juga dibina untuk memudahkan orang ramai berpindah dari satu menara ke satu menara yang lain sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Orang ramai boleh melalui jambatan itu sekiranya salah satu menara mengalami kecemasan dan begitulah sebaliknya. Menara Skybridge yang terletak di tingkat ke 41 dan ke 42 ini juga pernah menjadi rekod sebagai jambatan dua tingkat tertinggi di dunia.

Gambar: Fieza.net

Menara KLCC merupakan simbolik dan kebanggaan kepada negara Malaysia. Ianya sangat dikenali oleh ramai pelancong-pelancong luar negara yang akan menjadikannya sebagai destinasi kunjungan. Lebih menarik lagi, menara KLCC akan bersinar pada waktu malam dengan warna yang berbeza sehingga dapat memukau pandangan ramai orang.

Sumber: Visit Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra