Siakap Keli

“Mana Nak Cari Permaisuri Agong Tundukkan Diri Buat Rakyat Jelata”

Sambutan Hari Kemerdekaan beberapa hari lalu telah disambut meriah dengan kehadiran pasangan Diraja, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan permaisuri baginda, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Gelagat mereka berdua telah menjadi tarikan dalam kalangan rakyat yang rata-rata sangat bersenang hati ketika acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019 yang berlangsung di Putrajaya. Seperti sedia maklum, pasangan Diraja ini bersifat mesra rakyat dan itu dapat dirasai sendiri oleh rakyat jelata.

Perkara ini diperkuatkan lagi menerusi tindakan mereka berdua yang merendah diri ketika berada di hadapan rakyat khususnya ketika pada majlis sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini.

Sikap yang ditonjolkan oleh mereka bagaimanapun telah menambat hati rakyat dan rata-ratanya telah mendoakan kesejahteraan mereka berdua dalam memerintah negara ini.

“Secara faktanya, kita sangat bersyukur mempunyai Raja yang hebat dan Permaisuri yang merendah diri”

“Agama dia tinggi dan tahu semuanya sama di sisi Allah… Sifat yang sangat terpuji”

“Alhamdulillah… Malaysia mempunyai Raja dan Permaisuri Agong yang sangat mesra dan merendah diri sesama rakyat jelata”

Sumber: Mohd Khairil Mustafa / InspirasikuMahathir

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra