Siakap Keli
Gambar: Anissa Faizul

“Asif Akan Terus Berada Dalam Video Syahmi”, Kemelut Terlerai, Asif Sedia Beraksi ‘Drama Spontan’

Beberapa hari yang lalu, peminat Channel Youtube Syahmi Sazli dan pelakon Youtube Asif dihidangkan dengan kemelut dan konflik yang melanda bagi kedua-dua pihak. Berikutan konflik tersebut, dikatakan terdapat kemungkinan bahawa Asif tidak akan muncul lagi di dalam video yang dihasilkan oleh Syahmi terutamanya bagi segmen ‘Drama Spontan.’

Disebabkan itu, rata-rata peminat menyatakan kekesalan berikutan Asif merupakan tunjang utama segmen tersebut yang dihasilkan oleh produksi Syahmi Sazli.

Walau bagaimanapun, setelah penjelasan dibuat oleh kakak Asif sendiri, semua persoalan serta konflik akhirnya terjawab. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Anissa Faizul, isteri kepada Syahmi Sazli yang memaklumkan bahawa segala salah faham telah pun terlerai.

Tambahnya melalui hantaran tersebut, dia juga memaklumkan bahawa Asif akan terus berada di dalam video Syahmi namun pihak mereka akan mengambil serius mengenai pelbagai urusan yang melibatkan kedua-dua pihak.

Asif akan terus berada dalam video Syahmi but this time kitorang akan serius sikit. Takde dah sesi-sesi mulut ke mulut. Semuanya hitam putih sebab taknak kes macam ni berulang lagi.

Melalui laman Instagram Syahmi Sazli pula, dia turut menyatakan kes tersebut telah selesai dan tiada siapa yang patut disalahkan dalam konflik berkenaan.

Rata-rata peminat yang mendapat berita gembira itu turut mendoakan agar perjalanan seni mereka terus dipermudahkan pada masa akan datang.

“Alhamdulillah..terima kasih nissa, syahmi dan semua..yang lepas biarkan ia pergi..jadikan pengalaman”

“Semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar dengan adanya hitam putih”

Sumber: Anissa Faizul

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra