Siakap Keli
Gambar: Yeni Safak

Bayi ‘Luar Biasa’ Lahir Dari Ibu Koma, Mesin Sokongan Hayat Dicabut Lepas Selamat Dilahirkan

Semuanya bermula apabila seorang wanita dari Republik Czech tiba-tiba diserang strok dan dibawa menaiki sebuah helikopter menuju ke hospital pada bulan April lalu.

Menurut doktor, peluang untuk wanita berkenaan meneruskan hidup sangat tipis. Namun yang mengejutkan adalah apabila janin di dalam kandungannya terus ‘membesar’ dengan sihat.

Dan 15 ogos lalu, seorang bayi perempuan sempurna sifatnya dilahirkan dari kandungan ibu yang koma selama 117 hari itu.

Alangkah ajaibnya apabila ibu yang mati otaknya mencipta rekod baharu setelah berjaya melahirkan anaknya dalam keadaan sedemikian.

Universiti Brno mengatakan bahawa bayi tersebut ‘hidup’ dalam rahim si ibu dan ia sebenarnya merupakan proses sukar dan harus berdepan dengan pelbagai kompilasi.

Wanita berusia 27 tahun itu dipakaikan alat sokongan hayat untuk memastikan kandungannya terus ‘bernafas’ dan para doktor akan menggerakkan kaki wanita itu seolah-olah mensimulasikan keadaannya berjalan kaki bagi membantu pertumbuhan anak.

Semasa dia di hospital, suami, keluarga dan rakan-rakan ada datang untuk melawat. Sejurus sahaja bayi comel itu dilahirkan, alat sokongan hayat itu ditutup dan wanita itu pun pergi buat selamanya.

Sumber: Reuters

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)