Siakap Keli
Gambar: Info Kemalangan Bencana Malaysia

Disangka Hilang Rupanya Maut Dalam Kemalangan, Mayat Warga Emas Ditemui Sudah Reput

Setelah empat hari ‘menghilangkan diri’, mayat seorang warga emas ditemui dalam kawasan semak di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh di Batang Kali dekat sini, hari ini.

Tubuh yang hampir mereput itu dipercayai meninggal dunia sejak dia hilang pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Azman Ab Rahman berkata mayat mangsa, Lim Eng Aun, 81, ditemukan dalam keadaan reput, oleh orang awam kira-kira 9 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia akibat kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi pada 31 Ogos lalu.

“Kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal menuju ke Rawang dari Tanjung Malim dipercayai terbabas dan masuk ke dalam kawasan semak. Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu satu laporan polis berhubung kehilangan mangsa, oleh anak saudaranya di Tanjung Malim, empat hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Azman berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)