Siakap Keli

(Video) “Lidah Api Menjulang Atas Kepala”, Aksi ‘Fire Fighter’ Raih Penghargaan Netizen

Seperti yang kita semua tahu, tugas anggota bomba sangat mencabar dan terdedah kepada risiko yang bahaya. Tugas yang diamanahkan kepada setiap anggota bomba dijalankan dengan penuh komited tanpa menghiraukan keselamatan diri sendiri.

Disebabkan itu, sebagai masyarakat Malaysia khususnya perlulah menghargai setiap pengorbanan yang telah dicurahkan oleh setiap anggota bomba. Pengorbanan anggota bomba dalam masyarakat kita dapat dilihat menerusi aksi-aksi yang dipamerkan ketika mereka bertugas memadamkan kebakaran.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko yang tinggi, semangat yang dipamerkan oleh anggota bomba perlulah dihargai oleh setiap orang.

Menerusi video tersebut, dua orang anggota bomba dilihat sedang menghadapi saat getir iaitu “Fire Fighting” pada satu kes kebakaran. Walaupun pada mulanya mengalami kesukaran, namun akhirnya pihak bomba dapat mengawal kebakaran yang berlaku itu.

 

Pengorbanan yang dilakukan oleh setiap anggota bomba ketika bertugas sememangnya perlu dihargai oleh semua lapisan masyarakat. Netizen juga tidak terlepas untuk menzahirkan rasa bangga mereka terhadap anggota bomba dan turut mendoakan kesejahteraan setiap anggota bomba.

“Memang menguji ketahan mental dan fizikal…lidah api menjulang di atas kepala”

“Terima kasih atas pengorbanan anda semua”

“Besar pengorbanan wira-wira merah yang telah dijemput Ilahi”

“Semoga pengorbanan kalian tidak sia-sia”

“Ya Allah…Lindungi lah mereka anggota-anggota yang menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan mangsa-mangsa kebakaran atau kemalangan”

Sumber: Friends of Bomba Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra