Siakap Keli
Gambar hiasan. (Kredit: Google)

“Bunuh Saja, Dia Akan Ke Syurga” Dakwa Terdengar Bisikan Ghaib, Ibu Tikam Bayi Sendiri Guna Pisau Dapur

Bandung, Indonesia – Seorang ibu bertindak menikam bayi sulungnya yang berusia 3 bulan setelah mendakwa terdengar bisikan ghaib yang menyuruhnya berbuat demikian.

Menurut jurucakap polis Bandung, Kompol Suparma, wanita itu berkata dia terdengar bisikan ghaib yang berkata, “Kamu belum sedia menguruskan anak, jadi bunuh saja dia, dia akan ke syurga.”

Dia kemudiannya bertindak mengambil pisau dapur dan menikam anaknya, mengakibatkan kematian bayi malang tersebut.

Seorang warga tempatan, Tarja, 40, berkata penduduk setempat terkejut melihat ramai polis datang dan bertanyakan alamat rumah wanita itu yang tinggal bersama ibu mertuanya.

Dia kemudiannya mengikuti polis ke rumah keluarga tersebut sebelum mengetahui bayi tersebut telah meninggal dunia.

“Saya tak tahu, tapi katanya dibunuh. Kami di sini juga terkejut kerana keluarga itu baik-baik, tapi tiba-tiba ada kejadian seperti ini,” katanya.

Sumber: Heta News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.