Siakap Keli

“Dah Lama Nak Pakai Honda Civic,” Tak Sangka Dapat Miliki Kereta Idaman Percuma

Setiap orang mesti ada dream car masing-masing kan? Mungkin ada yang suka jenis mewah, ada pula yang lebih minat style sporty, macam-macam. Bergantung pada ‘citarasa’ masing-masing.

Kadang-kadang ada yang sanggup menyimpan duit bertahun lamanya semata-mata untuk miliki kereta impian. Tak salah, kalau tu yang buat seseorang tu bersemangat untuk ‘mengejar mimpi’, apa salahnya. Belilah sesuatu sebagai rewards atas usaha diri sendiri tu.

Tak semua kereta tu wajib berharga mahal. Apa yang penting adalah nilai sentimental, keselesaan serta ‘pengalaman’ yang pernah dirasai ketika memandunya. Sebab tu, masih ada yang simpan kereta idaman mereka tu walaupun ia dah rosak.

Tapi tapi tapi.

Macam mana kalau kami nak bagitahu kat korang ada cara yang paling senang nak dapat kereta dambaan semua orang. Seriously dah ada orang dapat kereta Honda Civic 1.5L Turbocharged, percuma gaiss.

Mohamad Adib Fida’iy Mohamad Hanapi , dia ni la yang jadi pemenang bertuah dapat kereta Honda daripada cawangan pengedar di Kelantan, Ban Chu Bee Sdn. Bhd.

Untung kan? Masa ni la korang nak cuba nasib.

Nampak tak “Terima Kasih 900K” tu? Eh, kenapa tiba-tiba terima kasih nih? Haa, ni yang kami nak cerita. Sebenarnya, ini la kempen Road to 900,000th Unit Milestone yang dianjurkan special untuk semua rakyat Malaysia berumur 17 tahun dan ke atas.

Selain untuk menghargai kesetiaan pelanggan Honda, ia turut dilancarkan bersempena dengan penjualan unit kereta Honda ke-900,000 yang dijangka bakal dicapai pada suku ketiga tahun 2019 ini. 

Terima Penyertaan Yang Menggalakan, Jom Penuhi Impian Anda Bersama Honda.

Kalau nak tahu, Honda berkolaborasi dengan tiga lagi jenama besar di Malaysia, Astro Radio, Tealive dan Unifi untuk menjayakan kempen hebat ni!

Toichi Ishiyama yang merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia berkata bahawa kerjasama dengan jenama tempatan ini adalah kali pertama seumpamanya. Kempen ini juga sebagai tanda penghargaan terhadap kepercayaan pelanggan kepada jenama mereka.

Psst, nak bagitahu ni, sebuah kereta dah ada yang menang. Jadi, tinggal lapan buah lagi kereta Honda yang boleh korang dapat tau!

Syaratnya? Haa, kenalah join Kempen Road to 900,000  Unit Miles stone ni. Kempen ni sedang berlangsung di semua 90 pusat jualan Honda seluruh Malaysia bermula dari Ogos sehingga September 2019 tau.

Macam Mana Nak Join Kempen Super Best Ni?

Mudah je! Korang hanya perlu follow je step kat bawah ni untuk menang kereta Honda tu.

[1] Korang hanya perlu layari laman web kempen ni : www.honda.com.my/microsite/900k/ untuk mendaftar.

[2] Then, korang kena pergi mana-mana 90 Pengedar Sah Honda berhampiran untuk mencari dan merakam foto emblem kereta Honda yang tersembunyi kat sana.

[3] Akhir sekali, korang perlu muatnaik foto tu di laman web Honda dan ikut arahan yang telah diberikan.

Haa mudah je kan? Sebenarnya kami ada pelbagai cara lagi untuk tolong tingkatkan peluang korang untuk menang kereta Honda ni tau. Tapi first sekali, korang kenalah pergi kat salah satu Pengedar Sah Honda dulu untuk:

[1] Beli & daftarkan kereta Honda baharu

[2] Buat tempahan kereta Honda

[3] Pandu uji kereta Honda

Lagi satu berita baik, korang automatik layak untuk join contest ni kalau korang adalah pemilik kereta Honda dan pernah servis kereta tu dalam tempoh 12 bulan kat Pusat Servis Honda. Bestkan?

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ni, korang tekan je link laman web Road To 900,000k Unit Milestone atau laman Facebook Rasmi Honda Malaysia ni ye.

Mudah je kan untuk menang kereta impian korang, good luck!

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.