Siakap Keli

Dibuli Tanpa Motif, Kanak-Kanak 8 Tahun Kritikal Dibakar

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun berada dalam keadaan kritikal selepas 35% daripada badannya mengalami kecederaan akibat kesan kebakaran. Kecederaan itu berlaku disebabkan dirinya diserang oleh sekumpulan pembuli yang bertindak membakar dirinya hidup-hidup.

Sebelum kejadian itu berlaku, Kyrylo Yatsun sedang bermain di sebuah halaman berhampiran blok apartmennya sebelum diserang oleh pembuli. Kumpulan pembuli itu bertindak mencurahkan minyak petrol ke arah badannya lalu menyalakan api.

Gambar: Dailymail

Akibatnya, badan kanak-kanak malang itu disambar api lalu rebah ke tanah sambil mengerang kesakitan. Kumpulan pembuli tersebut hanya tertawa dan terus melarikan diri daripada tempat kejadian.

Beberapa orang yang menyedari perkara tersebut lantas membantunya dan berjaya menanggalkan kemeja-T yang terbakar serta memadamkan kebakaran itu. Kyrylo terus dikejarkan ke unit rawatan rapi dan kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut ibunya, ketika kejadian itu dia sedang memasak juadah tengah hari didalam rumah dan menyedari perkara tersebut setelah diberitahu oleh kanak-kanak yang lain.

Saya berlari keluar dan melihat anak saya terbaring ditanah. Kulit pada perut dan kakinya sangat teruk.

Apabila distanya motif tindakan tersebut, dia hanya memberitahu kumpulan pembuli itu melakukannya tanpa sebab. Mereka bukan kanak-kanak, mereka raksasa.

Gambar: Dailymail

Walau bagaimanapun, pihak polis mengesahkan perbuatan tersebut sebagai kes jenayah kerana menyebabkan kecederaan tubuh yang sangat teruk. Kumpulan pembuli telah pun ditahan namun suspek mengatakan bahawa mereka tidak berniat untuk melakukan perkara itu.

Sumber: The Sun

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa