Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: CBS News)

Didakwa Terlalu Kerap Makan ”Junk Food”, Pemuda Ini Menyesal Hilang Penglihatan Di Usia Muda

Seorang remaja berumur 19 tahun yang berasal dari London menjadi buta dipercayai akibat terlalu suka makan makanan ringan.

Dia dikatakan sangat memilih makanan sejak kecil dan hanya memakan makanan ringan seperti kentang goreng, kerepek serta daging yang telah diproses pada kebanyakan masa.

Selain itu, remaja tersebut didakwa amat jarang sekali mengambil makanan berkhasiat dan bervitamin seperti sayur dan buah-buahan sejak 10 tahun yang lalu.

Doktor yang merawatnya memberitahu, dia mula kehilangan penglihatannya secara perlahan-lahan pada usia 14 tahun akibat kekurangan khasiat seperti vitamin B12, vitamin D dan zat besi.

Selain daripada penglihatan, remaja itu juga dikatakan turut mengalami masalah pada pendengaran serta masalah tulang.

Para doktor yang terlibat dalam merawatnya telah menyuntik vitamin B12 ke dalam badan remaja berkenaan dan menasihatkannya untuk mula mengubah diet pemakanannya.

“Dia telah hilang sumber mineral dari tulangnya, agak mengejut ia berlaku pada usianya yang sangat muda,” kata doktor.

Sumber: CBS News

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.