Siakap Keli

”Graduan PHD Pertama Dari Penjara Akan Dilahirkan,” 19 Tahun Meringkuk, Banduan Hebat Sempurna Semua Pengajian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Benarlah, kesilapan lampau bukan menjadi pengukur untuk anda tidak bangkit semula, sedar daripada kesalahan dan membuktikan anda juga mampu berjaya seperti orang lain. Cumanya, peluang kedua yang datang itu harus digunakan dengan sebaiknya.

Seperti perkongsian oleh Hairul Faiezi Lokman mengenai kisah yang menyentuh hati ramai. Beliau yang berpengalaman mengunjungi Penjara Kajang tempoh hari, berpeluang bertemu dengan beberapa banduan yang sedang menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Malah, apa yang lebih membanggakan, salah seorangnya merupakan bakal pemegang ijazah doktor falasah (PHD). Lelaki tersebut yang sudah berada di dalam penjara selama 19 tahun telah menyelesaikan semua pengajian peringkat PMR. SPM. STPM, Ijazah, Master dan kini PHD di tahun kedua di dalam sel penjara. Hanya yang hebat mampu melakukannya. Tahniah kami ucapkan!

Hari ni berpengalaman berada di Penjara Kajang.

Saya dapat berjumpa beberapa banduan yang sedang menyambung pelajaran mereka. Saya berminat untuk bertanya dan bersembang dengan seorang pelajar PHD. Dia kata dia sudah berada di Penjara Kajang sejak berusia 14 tahun dan kini dia sudah pun berusia 33 tahun.

Bermula daripada PMR, SPM, STPM, Ijazah, Master dan sekarang dia sudah pun berada di tahun kedua menyambung pelajaran PHD in Business di salah sebuah institusi pengajian tinggi. 

Dia berjaya mendapatkan biasiswa penuh untuk yuran pengajian daripada institusi tersebut. Setiap dua minggu, akan ada penyelia yang datang dan menyelia tesis PHD tersebut. Data yang digunakan dikutip dengan bantuan penyelia berkenaan. Betapa tingginya ketekunan dan kesungguhan yang mereka miliki.

Bila saya tanya apa yang membuatkan dia bermotivasi untuk menyambung pelajaran, dia menjawab dia mahu membuktikan bahawa kesilapan lampau bukan menjadi pengukur untuk anda tidak melangkah ke hadapan. Saya sangat tersentuh mendengar sesuatu seperti itu.

Pada akhir perbualan kami, saya memberitahunya bahawa sejarah akan dicipta suatu hari nanti. Graduan PHD pertama dari penjara akan dilahirkan. Tahniah!

Sumber : Hairul Faiezi Lokman

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra