Siakap Keli
Gambar: CEN

Cikgu Minta Anak Murid Sarung Kotak Di Kepala, Elak Kes Meniru Dalam Ujian

Untuk mengelakkan para pelajarnya meniru dalam ujian, seorang guru di sebuah sekolah di Mexico telah menggunakan pendekatan kreatif bagi merealisasikannya.

Guru terbabit mmeberikan sebuah kotak kepada setiap pelajarnya sebagai topeng untuk memastikan mereka tidak dapat melihat jawapan masing-masing.

Kotak itu hanya ditebuk lubang pada bahagian mata untuk membolehkan mereka melihat.

Namun tindakan berkenaan ternyata menimbulkan kritikan daripada ibu bapa para pelajar yang beranggapan bahawa guru terbabit sengaja untuk memalukan anak-anak mereka.

Malah guru itu  turut didesak untuk meletakkan jawatan.

Walaubagaimanapun, sekolah terbabit telah memberi respon berkaitan kejadian tersebut. Menurut mereka, perlakuan itu (memakaikan kotak kepada pelajar) adalah sebagai latihan dinamik yang mampu meningkatkan perkembangan psikomotor pelajar.

Sumber: Dailymail.co.uk & The Sun.co.uk

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)