Siakap Keli

Menyalak Nak Sampaikan Mesej, Anjing Dibiar ‘Merana’ Dalam Bilik Busuk Sebab Dah Tak Cantik

Memiliki haiwan peliharaan ternyata boleh menceriakan hidup seseorang, namun bagi menjaganya bukanlah sesuatu yang mudah. Perkara ini kerana haiwan peliharaan juga merupakan kehidupan yang memerlukan penjagaan rapi supaya kesihatan tubuh badan terjamin.

Keghairahan orang ramai untuk memiliki haiwan peliharaan sebenarnya boleh memberi kesan buruk terhadap haiwan berkenaan sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Melalui perkongsian yang dibuat melalui Facebook Voices For Animal, seekor anjing dilihat dibiarkan terkurung dalam tempoh yang lama kerana sudah tidak ‘menawan’ lagi sehingga menjejaskan tubuh badannya.

Berdasarkan perkongsian tersebut, anjing itu telah ditinggalkan di dalam bilik pam dan terdedah kepada kekotoran, suhu yang panas, serta bau yang busuk. Menyedari keadaan badannya yang begitu teruk, anjing itu seperti meminta pertolongan dengan menyalak ketika mendapati terdapat orang berada berhampiran dengan kawasannya dikurung.

Salakannya disedari dan terdapat individu yang tampil memaklumkan kepada kami mengenai nasibnya yang berada di dalam bilik gelap itu dalam tempoh masa yang lama.

Anjing tersebut telahpun dibawa keluar dari bilik pam tersebut dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.Jika dilihat pada keadaannya, bulu badannya agak kusam dan sukar untuk diuruskan. Disebabkan itu, pihak penjaga mengambil keputusan untuk mencukur semua bulu agar dapat memberikan penjagaan rapi.

Rata-rata warganet yang turut bersimpati dengan nasib yang diterima haiwan itu gembira apabila ia telah diselamatkan. Selain itu, warganet juga tidak melepaskan peluang berdoa dan berharap anjing tersebut akan kekal sihat dan memperolehi penjaga yang baik hati.

“Anda selamat sekarang. Dan doakan anda akan menemui keluarga yang sangat penyayang pada masa akan datang”

“Anda akan dapatkan bulu baru anda dan mempunyai keluarga yang penyayang”

“Bersyukur lah selepas mencukur, kulitnya masih berada dalam keadaan yang baik. Tiada masalah kulit”

Sumber: Voices For Animals

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra