Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Android Authority/SafeBee)

“Nak Ke KK Jauh Tak, Berapa Minit Ye”, Nak Menyewa Homestay Di Kuching, ”Screenshoot” Whatsapp Ini Buat Netizen Geli Hati

Apabila kita pergi melancong atau mempunyai urusan di tempat atau daerah yang jauh dari tempat tinggal, sudah pasti kita mahu mencari penginapan bagi membolehkan kita selepas menjalani perjalanan panjang.

Selain hotel, perkhidmatan homestay juga semakin menjadi pilihan hari ini. Proses menempah penginapan kini lebih mudah secara atas talian samada melalui laman web, media sosial mahupun aplikasi mesej seperti WhatsApp.

Seperti biasa, sebelum menempah tempat penginapan, sudah tentunya kita ada beberapa soalan yang mahu ditujukan kepada pengusaha tempat tersebut.

Antara soalan yang sering kita berikan selain mengenai harga dan kemudahan yang disediakan ialah jarak di antara tempat menginap dengan tempat tujuan kita.

Soalan inilah yang telah diterima oleh seorang pengusaha homestay di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Apa yang menggelikan hati ialah bakal pelanggannya telah bertanyakan jarak di antara homestay tersebut dengan Kota Kinabalu, Sabah.

Menjawab persoalan itu, pengusaha tersebut mengatakan ia jauh dan mengepilkan sekali tangkapan skrin jarak antara Kuching dan Kota Kinabalu yang diperoleh dari Google Maps.

Imej itu memaparkan jarak antara homestay tersebut dengan Kota Kinabalu ialah sejauh 1,057km dan memakan masa 19 jam 7 minit sekiranya menaiki kereta.

Mendapat jawapan itu, pelanggan tersebut terus membatalkan niat untuk menempah homestay tersebut kerana ia terlalu jauh dengan tempat yang dituju.

Pengusaha itu telah berkongsikan perbualan WhatsApp di antara mereka di laman Facebook-nya dan ia menjadi tular serta mendapat reaksi daripada netizen yang rata-rata merasakan ia adalah agak kelakar.

Foto: Facebook
Foto: Facebook
Foto: Facebook

Sumber: FB Homestay Di Kuching

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.