Siakap Keli
Gambar Hiasan

Saji Malaysia Tampil Perjelas Kekeliruan Isu Viral Minyak Masak Tiruan

Isu minyak masak tiruan yang dikeluarkan oleh Saji Malaysia menjadi satu isu yang ‘panas’ diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini. Ramai yang keliru dengan tahap ketulenan yang diwar-warkan di media sosial.

Namun, pihak Saji Malaysia sendiri tampil memberi penjelasan secara terbuka di laman Facebook rasmi mereka sendiri mengenai isu ini supaya pengguna tidak lagi keliru dan terttipu dengan perkara yang viral di media sosial.

Pengumuman penting: Berkenaan isu viral minyak SAJI tiruan vs tulen

Terima kasih atas keprihatinan anda. Ingin kami maklumkan bahawa kedua-dua produk berkenaan adalah TULEN dan kami ingin memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku.

Label di kiri adalah label baharu. Antara perbezaan yang ketara adalah:

1. Perkataan ‘Tanpa Kolesterol’ diubah kepada ‘Makanan Bebas Kolesterol’
2. Perkataan ‘Mengandungi Vitamin E Semulajadi’ diubah kepada ‘Kaya dengan Vitamin E’
3. Perkataan ‘Minyak Sawit Olein’ diubah kepada ‘Minyak Sawit Bertapis’
4. Logo ‘Wajah Baharu’ diubah kepada logo ‘Sayangi Sawitku’
5. Penukaran alamat baharu FGV (Wisma FGV)

Berkenaan warna minyak yang berbeza, ini disebabkan oleh pencahayaan. Jika diambil keluar daripada rak, warnanya sama. Minyak SAJI hanya menggunakan minyak sawit olein IV60 berkualiti tinggi dan semestinya Halal. Gunakan dengan yakin.

Sumber: Saji Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)