Siakap Keli

“Tapi Kalau Dah Bergayut..,” Pengurus Majlis Kahwin Geram, Dakwa Budak Baju Merah ‘Hancurkan’ Majlis ‘Client’

Majlis perkahwinan merupakan satu majlis yang dikenang sepanjang hayat oleh setiap pasangan. Pastinya semua yang bakal mendirikan rumah tangga mengimpikan majlis perkahwinan yang berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

Namun, satu kes seperti yang tular di media sosial hari ini meninggalkan kesan kepada kedua mempelai dan perancang perkahwinan yang bertanggungjawab menyediakan prop dan pelamin. Manakan tidak, dekorasi pintu gerbang yang gah di dalam dewan runtuh dipercayai daripada tindakan kanak-kanak nakal.

Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram klweddingministry yang kesal dengan sikap sesetengah ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ketika berada di majlis perkahwinan. Ikuti perkongsian seperti di bawah.
POST SENTAP

Masih tak paham dengan sesetengah parent yang biar anak-anak main tak tentu hala. Tempat yang patut tak main pun biar je anak main depan mata.

Saya mungkin tak paham sebab masih tak ada anak tapi tu lah.. rasanya before kejadian ni dah hampir 10 WEDDING PUN pakai benda yang sama dan decor ni memang permanent dekat dewan tu. Kalau kejadian macam ni dekat siapa kita tak minta ganti rugi?

Confius confius! Last-last mesti salahkan decorator balik sebab buat tak kukuh, tapi kalau dah bergayut kat tali tu sampai prop tu boleh jatuh nak buat mcm mana? Nak pasang cerucuk besi ke kat bawah tu?

POST CLARIFICATION : POST SENTAP memandangkan benda ni dah terviral.

Gambar dari one of the guest pada hari kejadian. Cari sendiri budak baju merah tu. Ahahhaah. Nasib lah guest tu OOTD hujung-hujung je. Kalau perasan tunnel budak berbaju merah tu adalah pada kedudukan tiang nombor dua.

Kalau ikut gambar kedua boleh nampak entrance tidak bergerak pun kalau tidak digayutkan yang lain tu jatuh mcm dominos sebab kedudukan in between prop just 3 feet.

Rata-rata netizen yang berang turut membanjiri ruangan komen dengan meluahkan rasa kesal mereka dengan sikap ibu bapa. Ada di antaranya yang berpendapat dalam kes itu ibu bapa yang harus dipersalahkan kerana tidak menegur anak mereka.

Tanggungjawab ibu bapa

Ibu bapa suka menyalahkan orang lain

Budak-budak berlari macam di ‘playground’

Apa yang turut menjadi persoalan netizen, siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ini. Ada di antaranya yang meminta kerugian ditanggung oleh individu bukannya pihak perancang perkahwinan.

Bukan salah kamu sebab prop tak boleh tanam guna simen

Sumber : klweddingministry

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra