Siakap Keli
Kredit: Google

Tragedi Bot Terbakar Di California, 20 Mayat Ditemui, 14 Masih Hilang

LOS ANGELES, 4 Sept (Bernama) — Sebanyak 20 mayat ditemui pada Selasa pagi dan 14 lagi masih hilang dalam tragedi bot terbakar di Pulau Santa Cruz di California Selatan, lapor agensi berita Xinhua.

Syerif Santa Barbara County Bill Brown berkata mayat terdiri 11 wanita dan sembilan lelaki itu telah dikenalpasti.

Penyelam turut mengesan empat hingga enam mangsa masih berada dalam bangkai bot, namun, usaha mengeluarkan mayat mengalami kesukaran kerana kedudukan bot, katanya.

“Hari ini kerja-kerja mengalihkan bot akan dijalankan untuk membolehkan anggota penyelamat mengeluarkan mangsa,” katanya.

Sementara itu katanya, ketika kejadian lima anggota kru bot yang sedang berada di geladak ketika kebakaran berlaku telah terjun ke dalam laut.

Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) menghentikan sementara operasi menyelamat pada 9.40 pagi Selasa, sementara menunggu perkembangan lanjut, kata panglima USCG Los Angeles-Long Beach, Monica Rochester.

Bot malang itu dalam perjalanan untuk menjalankan aktiviti menyelam selama tiga hari sebelum terbakar pada Isnin pagi.

Menurut Brown, bot berlepas dari Santa Barbara pada jam 4 pagi (1100 GMT) Sabtu.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.