Siakap Keli

(Video) Bas Pekerja Rempuh 12 Kenderaan Di Sungai Petani, Enam Cedera

Alor Setar : Pemandu dan penumbang 12 kenderaan berhadapan detik mencemaskan apabila dirempuh sebuah bas pekerja yang dipercayai mengalami masalah brek di persimpangan lampu isyarat di Amanjaya, Sungai Petani pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzly Abu Shah berkata kemalangan yang berlaku pada 8.15 pagi itu menyebabkan enam penumpang bas itu cedera termasuk seorang parah kerana patah kaki kanan dan kesemua mereka mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Adzly berkata pemandu bas dari arah Spice Village itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh semua kenderaan disebabkan keadaan laluan yang curam dan berbukit.

”Berdasarkan siasatan awal polis, bas terbabit dipercayai mengalami masalah brek menyebabkan ia terus berlanggar dengan sebuah kereta di hadapannya menyebabkan 12 kenderaan lain yang berhenti di persimpangan itu turut berlanggaran antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian terdapat lebih kurang 46 individu dalam bas berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.