Siakap Keli
Gambar: istana_negara

(Video) Netizen Kesal Pelanggan Tak Tunduk Hormat Agong, Alasan Disebaliknya Buat Ramai Terkejut

Pekerja dan pelanggan di restoran Nasi Lemak Royale Kedah di sini dikejutkan dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli bersantap pagi di restoran itu hari ini.

Seri Paduka berangkat tiba di premis berkenaan pada kira-kira pukul 10.20 pagi dan menikmati hidangan ringkas roti canai bersama pegawai pengiring dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim. Tuanku turut berkenan membayar makanan semua pelanggan di kedai berkenaan pada masa itu.

Berikutan rakaman berkenaan, rata-rata netizen kesal dengan sikap yang ditonjolkan oleh pelanggan yang berada di dalam premis berkenaan. Perkara ini adalah disebabkan mereka tidak berdiri atau menunjukkan rasa hormat kepada Baginda.

“Orang Melayu tak ada rasa hormat pada YDPA”

“Masyarakat kita ni makin nipis nilai penghormatan dan adab-adab sopan”

“Sedih bila rakyat Malaysia hanya berdiam diri apabila Agong tiba mencemar duli”

Namun begitu, situasi berkenaan bukanlah seperti yang didakwa oleh rata-rata netizen tetapi ianya disebabkan oleh titah Baginda untuk semua pelanggan duduk dan terus menjamu selera. Disebabkan titah Baginda, semua pelanggan di dalam premis berkenaan terus duduk dan menjamu selera.

“Baginda sendiri yang menitahkan semua untuk duduk”

“Terima kasih di atas pencerahan. Truly a very humble king”

“Sungguh tinggi budi pekerti yang dimiliki Tuanku, menghormati orang yang sedang makan”

“Ketinggian budi Tuanku melepasi batas ketinggian darjat Baginda”

Sumber: Bernama / istana_negara

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra