Siakap Keli
Kredit: New York Post/Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor

Apa Guna Cabut Gigi Tapi Nyawa Melayang, Doktor Kongsi Risiko Cabut Gigi Ketika Tekanan Darah Dan Paras Gula Tinggi

Pengetahuan kita sebagai orang awam terhad dalam aspek kesihatan. Oleh itu, kita harus mendengar nasihat pengamal perubatan agar kita tidak membahayakan diri sendiri tanpa sedar.

Tahukah anda, mencabut gigi ketika anda mengalami tekanan dan kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kematian? Nak tahu kenapa? Jom kita baca perkongsian oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor di bawah.

Bacaan gula dalam darah boleh diambil samada sebelum makan (FBS- fasting blood sugar) atau selepas makan (RBS – random blood sugar).

Bacaan normal bagi FBS ialah 5.5 mmol/L dan ke bawah manakala 11.1 mmol/L ke bawah bagi RBS. Jika bacaan diambil 2 jam selepas makan pula, bacaan yang normal ialah 7.8 mmol/L ke bawah.

Senario di klinik

R : Saya datang nak cabut gigi. Semalam dah datang. Tapi doktor tu tak nak cabut.
Me : Eh, kenapa doktor tu tak nak cabut gigi?
R : *keberatan nak cakap
Me : Puan boleh je cakap, saya salah seorang doktor kat sini
R : Gula saya tinggi
Me : Oh, gula tinggi memang tak boleh cabut puan. Sebab ada risiko nanti. Takpe puan, saya cari dulu kad rawatan puan, and nanti saya cek gula puan hari ni

Kad rawatan disemak, dan didapati bacaan gula semalam ialah 22.0 mmol/L

Me : Puan, bacaan gula semalam 22 ni puan. Tinggi sangat ni. Memang tak boleh cabut gigi puan. Kalau cabut bahaya ni.
R : Semalam saya tak makan ubat, hari ni saya dah makan. Semalam saya tak makan ubat. Tu yang saya nak cabut gigi hari ni.
Me : Saya cek dulu gula puan sekarang

Bacaan pada hari ini ialah 26.0 mmol/L! Lagi tinggi dari semalam

Me : Puan, bacaan gula puan hari ni lagi tinggi dari semalam. Memang tak boleh cabut gigi ni puan. Saya rujuk puan ke doktor di bawah dulu untuk cek gula ni.
R : …….

Surat rujukan dibuat dan diserahkan pada R

R : Saya ingatkan gula tinggi ni takde kaitan dengan cabut gigi. Boleh cabut je
Me : Puan, darah tinggi atau gula tinggi ni memang penting sangat dalam rawatan pergigian, terutamanya cabutan gigi. Silap haribulan, nyawa puan boleh melayang sebab luka lepas cabutan tu tak sembuh-sembuh
R : Ye ke?

Pesakit turun ke bawah. Dan apabila aku tanya kat kawan aku semalam, rupa-rupanya dah diberi tawaran untuk cek dengan doktor di bawah, tapi dia tolak mentah-mentah. Cakap tak payah dengan nada tinggi dan blah macam tu je.

Kesimpulannya,

1. Betapa pentingnya bacaan gula atau darah tinggi dalam menentukan sama ada rawatan pergigian boleh dilakukan. Sekiranya apa-apa berlaku, siapa yang nak bertanggungjawab tuan puan?
2. Cucukan insulin memerlukan teknik yang betul. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, tidak akan memberi kesan yang diinginkan.
3. Dengar apa yang doktor anda nasihatkan. Sekiranya kami nasihatkan anda untuk membuat sesuatu, jangan anggap kami ingin menyusahkan anda.

Jangan tunggu sehingga apa-apa terjadi baru anda nak tersedar.

Apa guna cabut 1 batang gigi tapi nyawa melayang?

Sumber: Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.