Siakap Keli
Gambar: CNN

Gagal Untuk Panjat Keluar, Beruang Ditemui Bersantai Di Tandas Wanita

Para tetamu dan kakitangan di sebuah hotel di Montana, Amerika Syarikat dikejutkan dengan kehadiran seekor beruang berwarna hitam.
Beruang itu dilihat seolah-olah sedang bersantai di atas sinki di dalam bilik air wanita di hotel berkenaan.
Menurut pihak pengurusan, perkara itu telah dimaklumkan kepada Pejabat Sherlock’s Gallatin County dan Montana Fish, Wildlife & Parks untuk memastikan keselamatan kepada para penghuni hotel.
Namun dalam masa yang sama, orang ramai dapat juga melihat haiwan liar itu secara lebih dekat.
Setakat ini, beruang terbabit telah pun dipindahkan ke kawasan lain dan dibiarkan bebas.
David O’Connor, pemilik hotel itu menyatakan bahawa beruang itu berjaya masuk ke dalam hotel melalui tingkap yang terbuka di bahagian bilik air wanita.
Beruang tersebut sebenarnya cuba untuk memanjat keluar namun tidak berjaya kerana tingkap itu terlalu tinggi. Menariknya, beruang itu kelihatan begitu selesa bersantai dan berbaring ketika terperangkap di sana.

Sumber: CNN 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)