Siakap Keli
Gambar Hiasan

JPJ Perak Lelong Lebih 100 Kenderaan Pelbagai Jenis September Ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan melakukan lelongan awam melibatkan pelbagai jenis kenderaan termasuklah van dan juga motokar pada 25 September ini.

Lelongan awam kenderaan pada kali ini akan melibatkan lebih 100 buah kenderaan pelbagai jenis. Antara kenderaan yang bakal dilelong ialah sebanyak 20 buah motosikal, 81 buah motokar, 3 buah van dan juga sebuah motolori.

Gambar: JPJ Negeri Perak

Bagi orang awam yang berminat, mereka boleh menghadiri sesi pameran pemeriksaan awam bermula 17 hingga 20 September 2019. Sesi pameran untuk pemeriksaan awam akan dibuka dua sesi pada setiap hari iaitu bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengahari dan 2.30 petang sehingga 4.30 petang.

Dokumen lelongan awam akan dijual mulai pada 10 hingga 24 September 2019 dengan harga RM70.00. Bagi yang ingin mendapatkan dokumen pelelongan, anda boleh ke Bahagian Kewangan JPJ Ipoh dengan membawa bersama salinan kad pengenalan bagi urusan pendaftaran.

Tambahan pula, kepada pembida yang ingin membida kenderaan yang berstatus SCRAP hendaklah mempunyai sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih berkuatkuasa di bawah kod bidang 221301 (Membeli Barang Lusuh Tanpa permit) atau 221302 (Membeli Barang Lusuh Permit).

Gambar: JPJ Negeri Perak

Kesemua kenderaan yang dinyatakan akan mula dilelong bermula jam 9 pagi 25 September 2019 bertempat di JPJ Negeri Perak, Jalan Kompleks Sukan, 30620 Ipoh Perak. Semua maklumat mengenai lelongan awam ini tertakluk kepada pindaan dan perubahan daripada masa ke semasa.

Sumber: JPJ Negeri Perak

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra