Siakap Keli
FOTO: CNN INDONESIA

Gelora Bung Karno Terus Tegang, Polis Indonesia Bertindak Lepaskan Gas Pemedih Mata

Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dalam gemelut selepas perlawanan Piala Dunia 2022 antara Harimau Malaya lawan Garuda Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta.

Petugas yang berada di laluan VViP telah melepaskan gas pemedih mata dari pintu masuk penyokong di pintu 1. Selain daripada itu, polis lain ditugaskan untuk menghalang penyokong Indonesia untuk keluar daripada stadium tersebut supaya keadaan dapat dikawal.

Puluhan petugas mendesak dan menjerit dari pintu utama penyokong masuk untuk menghalang mereka keluar dengan jeritan ‘mundur, mundur’.

Seruan tersebut dilakukan kerana ada sesetengah tindakan penyokong yang membaling alatan dari pagar besi di mana merupakan tempat duduk para penyokong.

Lalu para polis yang menjaga dikawasan tersebut membuat satu barisan untuk menghalang pemberontak dan objek-objek yang dilontar terhalang daripada terkena orang lain.

Dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022, pasukan Garuda ditewaskan oleh Harimau Malaya dengan jaringan kemenangan 2-3.

Sumber: CNN Indonesia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)