Siakap Keli
Gambar Hiasan

Kejutan Bertukar Tragedi, Gadis Hampir Maut Ditembak Ibu Sendiri

Sambutan yang sepatutnya bakal terlakar dalam memori bertukar menjadi tragedi apabila seorang wanita tertembak anak perempuannya sendiri.

Anak gadis yang berusia 18 tahun sebenarnya bercadang mahu membuat kejutan kepada si ibu bersempena hari lahirnya.

Semuanya bermula apabila gadis tesebut cuba menyusup masuk ke rumah setelah pulang dari kolejnya.

Ibunya yang berseorangan di dalam bilik tersentak saat mendengar bunyi bising. Kerana curiga, ibunya membuat andaian bahawa rumahnya ketika itu sedang dimasuki oleh pencuri.

Si ibu lantas mencapai sepucuk pistol jenis revolver 38 dan terus menembak ke arah ‘lembaga’ yang sedang menuju ke arah biliknya.

Tak sangka bahawa kelibat yang ditembaknnya itu adalah anaknya sendiri yang cuba untuk membuat kejutan kepadanya.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan wanita berkenaan dikenakan sebarang tindakan atau tidak di atas kejadian itu.

Pihak polis masih mengumpul semua bukti dan fakta mengenai kes terbabit.

Sementara itu, gadis tersebut dilaporkan sedang berehat selepas menerima rawatan di hospital berdekatan.

Sumber: News Week 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)