Siakap Keli

“Kenapa Dia Tembak? Saya Nak Cari Orang Tu,” Anak Trauma Tengok Video Tular Bapa, Doktor Minta Netizen Hormat Keluarga

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semalam, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang tentera Grup Gerak Khas dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah.

Ekoran itu, media sosial kecoh dengan penularan video kemalangan tersebut sehingga menimbulkan pelbagai kesan kepada beberapa pihak termasuk anak kepada mangsa, Mejar Mohd Zahir Armaya.

Seperti perkongsian di laman Facebook, anak sulung kepada mangsa dilihat tertanya-tanya mengenai kejadian hitam yang telah menimpa bapanya.

Malam tadi, saya saksikan sendiri impak penularan video kemalangan senjata api yang mengorbankan parajurit negara kepada keluarga mangsa.

Semasa ahli keluarga dibenarkan untuk melihat jenazah Mej Zahir, anak sulungnya ni berlari ke sudut masjid menangis. Untuk anak sekecil itu, saya yakin dia faham tentang kematian.

Tapi tak lama selepas tu anak sulungnya bersuara;

“Kenapa org tu bunuh papa?”
“Kenapa dia tembak papa?”
“Siapa org yg tembak papa?”
“Sy nak cari orang yg tembak papa..”

Dia cuba ditenangkan oleh ibu dan isteri-isteri pegawai yang lain;

“Papa buat latihan, kawan papa tak sengaja.. “ – Dia balas dengan pertanyaan “jadi papa blh hidup balik?”

Anak kecil ni berfikir latihan tak sepatutnya meragut nyawa.

I percaya;

Ada orang tunjuk video itu.
Dia tak sepatutnya dipertontonkan kejadian hitam itu. Dalam dunia semuanya dihujung jari ini, menularkan video2 kemalangan seolah-olah mengejar trofi oleh pelbagai pihak. Tidak sensitif dan tidak menghormati keluarga mangsa.

Mental trauma ni blh memberi impak negatif kepada perkembangan seorang kanak-kanak.

You wont see the adverse effects until it’s happen to your own family members. Saya dengan rendah hati, memohon buanglah video-video tersebut. Berikan ruang untuk anak-anak arwah meneruskan hidup seperti kanak-kanak lain.

Sumber: Murni Clarkson

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra