Siakap Keli
Gambar: Metro

Keretapi Dan Trak Bertembung Di Jepun, 1 Maut Manakala 31 Orang Lagi Tercedera

Sebuah keretapi komuter dan sebuah lori yang sarat dengan muatan buah oren bertembung di landasan keretapi Yokohama hari ini, kejadian itu telah mengorbankan nyawa pemandu lori tersebut dan telah mencederakan 31 orang yang berada di dalam keretapi tersebut.

Pihak polis dan jabatan bomba memaklumkan bahawa kemalangan tersebut terjadi pada sekitar jam 11:40 pagi. Lori tersebut dilaporkan memasuki kawasan landasan keretapi itu untuk menyeberang diantara Kanagawa-Shimmachi dan stesen Nakakido. 3 daripada 8 gerabak pertama keretapi tersebut telah tergelincir daripada landasan akibat daripada pertembungan yang berlaku dengan lori tersebut. Cermin depan keretapi tersebut dilaporkan telah pecah dan lori tersebut telah dihimpit ke dinding sebelum terbakar.

Å@ãûïlã}çsÇÃê_ìfiêÏêVí¨ÅíáñÿåÀä‘ÇÃì•êÿÇ≈ÅAÉgÉâÉbÉNÇ∆ìdé‘Ç™è’ìÀǵÇΩéñåÃåªèÍÅÅÇTì˙åflå„ÇOéûÇRÇVï™ÅAâ°ïlésê_ìfiêÏãÊÅiã§ìØí êMé–ÉwÉäÇ©ÇÁÅj

Pasukan bomba dan penyelamat Yokohama menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 30 orang penumpang yang berada di dalam keretapi tersebut telah diberikan rawatan awal, manakala seorang lagi penumpang, seorang wanita dalam lingkungan umur 20-an mengalami kecederaan yang serius. Pemandu lori yang berusia 67 tahun itu pula turut mengalami kecederaan kritikan dan digegaskan ke hospital, dia kemudiannya dilaporkan maut ketika sedang menerima rawatan.

Klip rakaman televisyen di NHK menunjukkan keretapi ekspres Keikyu terkeluar dari landasan dan terjongket. Bersebelahan dengan keretapi tersebut adalah lori yang terhimpit itu. Asap tebal menyelubungi lori dan keretapi tersebut. Manakala kotak kadbod dan buah oren bertaburan di landasan itu.

Gambar: The Straits Times

Pemandu lori itu telah ditarik keluar dari kawasan kemalangan itu dan dibawa ke hospital berdekatan kerana mengalami kecederaan yang parah, menurut NHK. Walau bagaimanapun, penumpang lain hanya mengalami kecederaaan yang ringan.

Salah seorang penumpang yang berada di bahagian depan gerabak tersebut memaklumkan kepada NHK bahawa keretapi tersebut tiba-tiba berhenti dengan mengejut selepas dia terdengar bunyi hon, disusuli dengan kebakaran. Menurutnya, akibat daripada kemalangan itu, hanya lehernya sahaja yang terkesan.

Wakil daripada operator Keikyu Corp menyatakan bahawa pemandu keretapi tersebut sempat menggunakan brek kecemasan selepas melihat lori tersebut namun gagal untuk memberhentikannya kerana keretapi tersebut sedang bergerak selaju 120 kilometer sejam.

Sumber: Japan Today

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.