Siakap Keli

‘Main’ Jiwa Penonton, Ending Kedua Drama Siri ‘Sweet Dreams’ Malam Ini Janjikan Bahagia?

Bahang drama bersiri Sweet Dreams yang bermula sejak 5 Ogos lalu nampaknya sudah sampai ke penghujungnya semalam.

Drama arahan Michael Ang yang diinspirasikan dari Novel Sweet Dreams karya Acik Lana ini ternyata berjaya mencairkan hati netizen dengan gandingan utama Ben Amir dan Mira Filzah melalui watak Puteri dan Qash dalam drama tersebut.

Namun, apa yang mengejutkan penonton apabila pengakhiran drama pada episod akhir semalam rupanya mempunyai dua jalan cerita yang berbeza.

Rupanya terdapat satu lagi episod akhir di mana ianya merupakan hasil dua garapan idea yang berbeza daripada jalan cerita yang sama untuk dipilih oleh penonton.

Menurut pelakon utama drama tersebut, Mira Filzah, episod akhir 19 adalah ‘ending’ pilihan oleh watak Puteri, Uncle Wong, Cempaka, Atuk, Ammar, Lola, Fadil dan editor serta penulis Sweet Dreams sendiri.

Manakala, ‘ending’ bagi episod 20 yang akan ditayangkan pada hari ini pula dipilih oleh watak Qash Adam, Carl, Farah, Cik Bam, mak cik dan pak cik bawang seluruh Malaysia serta crew Sweet Dreams.

Saya pilih ‘ending’ episod 19

Dalam pada itu, Michael Ang turut memilih ‘ending’ pada episod 19 kerana menurutnya sebagai manusia kita tidak dapat melawan takdir Allah dengan apa yang telah ditetapkan.

“I nak ending ni sebab bagi I apa pun kita cuba buat kita takkan dapat lawan takdir sama juga dengan kesenangan hidup di dunia ini hanya pinjaman dari Allah.

”Cherish la saat-saat indah yang dipinjamkan ini sebab kita tak tahu bila ia akan diambil balik!” tulisnya di ruangan twitter.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, rata-rata peminat turut dilihat bersetuju dengan pengakhiran cerita drama bersiri itu seperti yang dipilih oleh Michael Ang.

Menurut netizen, itu adalah logik kepada kehidupan kerana tidak semua jalan hidup akan berakhir dengan indah.

Ini lah kehidupan, semua hanya pinjaman

Hidup bukan hanya yang indah-indah sahaja

Tak semua yang kita hajatkan akan tertunai

Namun, ada juga peminat yang ‘memarahi’ Michael dan barisan pelakon kerana bermain dengan jiwa mereka yang menggemari drama bersiri ini.

Netizen menginginkan jalan cerita supaya berakhir dengan gembira setelah pelbagai emosi sedih yang dimainkan di dalam drama ini.

Apa pula pendapat anda? Adakah penamat pada episod ke 20 akan membawa tangisan kebahagiaan atau sebaliknya? Sama-sama kita tunggu malam ini!

Kami nak happy ending

Geram pula kenapa macam ni

Mainkan perasaan orang betul lah

Sumber : Twitter

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra