Siakap Keli
FOTO: FATHEEN JEFFRY

“Mama Je La Sanding,” Pengantin Tak Hadir Di Hari Persandingan, Ibu Ayah Pula Ganti Jadi Raja Sehari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila sebut saja mengenai majlis perkahwinan, pasti dalam fikiran kita nakkan majlis yang sempurna, pelamin yang indah dan detik-detik manis yang akan disimpan hingga ke anak cucu.

Pendek kata semua nak sempurna memandangkan hari bahagia itu diraikan seperti raja sekali seumur hidup.

Tetapi lain pula cerita daripada perkongsian daripada Fatheen Jeffry yang merupakan pengantin perempuan majlis tersebut semasa dihubungi oleh pihak SK hari ini.

Kisahnya bermula apabila pasangan pengantin tidak dapat menghadiri majlis persandingan kerana suaminya terpaksa menjalani pembedahan pada hari yang sama disandingkan.

Mereka hanya sempat bersanding semasa hari pernikahan sahaja. Walaupun hanya satu persandingan sahaja tetapi tetap bahagia dan sempurna.

Bagaimanapun, majlis tersebut tidak berlaku kekurangan apabila ibu bapa pengantin perempuan mengambil alih untuk menjadi ‘Raja Sehari’ sekali lagi pada hari tersebut.

Menurut Fatheen, ini merupakan percakapan bersama ibunya sebelum hari persandingan berlaku,

Kemain vogue lagi eh mama prepare untuk resepsi. Mama je la sanding nanti, kita nak nikah je dan betul-betul gais, aku sempat nikah je dan mama yang sanding dekat dewan.

Apa yang kita cakap tu doa, dah terbukti. Dan doa pasal perkahwinan ni cepat je Allah makbulkan.

Kisahnya bermula, suami saya diserang sakit perut yang melampau pada malam selepas kami bernikah tu. Kami nikah pukul 3 petang, malam tu ada rehearsal dekat Dewan Sri Siantan untuk resepsi esoknya.

Time tu dia mengadu sakit perut sangat. Lepas dah letak minyak angin semua, masih sakit. Dia tahan sakit sampai la pukul 4 pagi. Saya x sampai hati tengok dia kesakitan macam tu,saya bawa ke klinik berdekatan.

Bila tukar ke hospital bahagian kecemasan , lepas doktor periksa darah, katanya appendix bengkak dan perlukan pembedahan segera. Jadi kami minta untuk ubah waktu pembedahan untuk 2 hingga 3 jam sebab kami perlu bersanding hari itu

Doktor terangkan, risiko yang lagi besar kalau tunggu, tapi kitaorang masih jugak buat keputusan untuk tunda pembedahan tetapi waktu nak keluar dari hospital tu suami saya tidak tahan sakit dan berguling-guling.  Jadi kena tahan wad dan lakukan pembedahan segera.

Lepas itu, saya hubungi mak dan ayah dan ceritakan apa yang terjadi serta minta diorang untuk ganti tempat kami.

Sehingga hari ini suami masih berada di hospital kerana bukan terkena Appendix tetapi batu karang ada dalam hempedu dan menyebabkan hempedu membengkak.

Rakan-rakan datang semasa hari persandingan kami – Fatheen

Apa-apapun kita mendoakan agar suaminya cepat sembuh dan selamat pengantin baru.

 

Sumber: FatheenJeffry

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)