Siakap Keli

“Objek Besi, Botol Dan Suar Dicampak Kearah Kami” Syed Saddiq Dakwa Turut Jadi Mangsa Rusuhan Penyokong Di GBK

Selesai perlawanan Malaysia menentang Indonesia untuk Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno, suanasa di sana terus bertukar menjadi tegang.

Gauman Harimau Malaya yang patutnya dirai menjadi sebaliknya apabila penyokong Malaysia dikumpulkan dalam satu tempat untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini dari terjadi.

Turut berada di sana, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq juga ada berkongsi situasi di dalam stadium melalui ciapan di laman twitternya.

Tambanhnya lagi, terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan penyokong Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.

Menurutnya, saya dimaklumkan FAM bahawa mereka akan membuat aduan rasmi kepada FIFA. Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana.

Gangsterism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara. Keselamatan pemain dan penyokong Malaysia adalah keutamaan saya.

Ketika ini saya masih lagi bersama-sama dengan penyokong Malaysia ditempatkan di dalam stadium sementara menanti keadaan di luar reda sebelum kami boleh pulang.

Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bolasepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia.

Sumber: Syed Saddiq

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)