Siakap Keli

Salah Satu Rekaan Terbaik Dari HUAWEI, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia semakin hari semakin meningkat tanpa mengira batas umur, hatta seawal 5 tahun pun sudah memiliki peranti mereka sendiri. Jikalau meneliti statistik daripada Statista, pada tahun lalu sahaja seramai 17. 2 juta rakyat Malaysia memiliki telefon pintar dan angka ini kian bertambah dari tahun ke tahun.

Bagi memenuhi citarasa jutaan pengguna, pelbagai penawaran model dibawa masuk membanjiri pasaran tanah air. Dari dahi “berlekuk”, skrin melengkung di sisi, kamera keluar masuk dan terbalik ke sini ke sana, semua itu tak lain tak bukan hanyalah untuk menjadi daya penarik kepada si pembeli.

Mahukan sebuah peranti sedap dipandang, puas dipakai? Huawei Nova 5T adalah jawapannya.

 

Sebelum kita berbual panjang mengenai HUAWEI Nova 5T, mari kita kenal pasti apa yang ditagih oleh kebanyakkan pengguna daripada sesebuah telefon pintar? Kamera dengan imej yang cantik, cip padu yang pantas memproses setiap arahan dan rekaan kemas memuaskan halwa mata manusia. Tiga benda ni yang sering kita pertimbangkan sebelum memilih telefon pintar dan mari kita lihat bagaimana HUAWEI Nova 5T mampu selesaikan masalah ini.

Prestasi terbaik 5 kamera yang menyokong kecerdasan buatan (AI)

Setiap daripada kita sekurang-kurangnya pasti mempunyai satu akaun media sosial. Tak kiralah Facebook, Instagram, Twitter atau lain-lain. Apalah guna berkongsi gambar setiap seminit tetapi gambarnya kabur.

Dengan empat kamera berbaris dipanel belakang dan sebuah lensa disumbat pada penjuru kiri skrin paparan, HUAWEI Nova 5T tidak mengecewakan. Kombinasi kamera belakang terdiri daripada sensor 48MP (f/1.8) sebagai lensa utama, 16MP (f/2.2) sudut lebar, 2MP (f/2.4) untuk bantuaan saat rakaman potret dan 2MP (f/2.4) bagi butiran kecil.

Anda akan lebih yakin merakam foto menerusi lensa utama 48MP lebih-lebih lagi rakaman waktu kurang cahaya atau malam. Dengan sokongan ciri Super Night mode, ia menggunakan penderiaan cahaya, pengurangan hingar pada imej, serta teknologi penstabilan yang bakal memberikan foto lebih jelas.

Bagi yang kerap berkunjung tempat-tempat menarik, pasti tidak mahu melepaskan peluang merakam latarbelakang indah yang terbentang luas. Menerusi lensa 16MP sudut lebar, lebih luas pemandangan yang dapat dirakam.

Bahagian ini turut diperkuatkan lagi dengan kehadiran lensa 2MP bagi perincian rakaman mod potret, mengimbangi objek dan latarbelakang kabur. Mahu merakam objek secara lebih dekat? Lensa 2MP makro boleh membantu anda dengan jarak 4cm, hasil gambar cukup mengujakan.

Hasil daripada gandingan keempat-empat kamera belakang beserta sokongan AI, ia sangat memuaskan. Tekan saja butang rakaman, foto anda sudah bersedia untuk dikongsikan pada media sosial.

Rakaman talaan hadapan pula digalas oleh lensa 32MP (f/2.0) yang mana menerusi teknologi AI yang digunakan, gambar selfie anda kelihatan lebih natural, jelas serta seimbang pada latarbelakang. Dengan kelengkapan kamera yang diberikan pada HUAWEI Nova 5T ditambah pula kepakaran anda merakam, imej diberikan ibarat hasil tangan dari seorang profesional.

Dimuatkan dengan cip pemprosesan kelas atasan

Walaupun berstatus kelas pertengahan, HUAWEI tanpa rasa bersalah membekalkan HUAWEI Nova 5T dengan Kirin 980, cip pemprosesan yang sama menguasakan peranti flaghsip mereka, siri HUAWEI Mate 20 dan P30 Pro. Anda mesti boleh bayangkan prestasi yang mampu ditawarkan.

 

Mengoperasikan dari dalam dengan gandingan sistem antaramuka EMUI 9.1, penggunaan seharian anda bukanlah masalah untuk telefon pintar ini. Peningkatan kuasa keseluruhan 58% disamping 20% prestasi lebih baik, HUAWEI Nova 5T umpama peranti kelas atasan pada harga mesra poket.

Antara spesifikasi lain yang boleh anda dapatkan dari HUAWEI Nova 5T adalah ciri Game Turbo 3.0, menjanjikan prestasi permainan mudah alih yang mengasyikkan.

https://www.youtube.com/watch?v=RWf53H4oeXE

Selain itu bateri berkapasiti 3750mAh yang berada dalam peranti mampu diisi separuh lebih kurang setengah jam melalui pengecasan pantas SuperCharge 22.5W.

Warna menawan menikam kalbu

Apalah guna “garang” didalam lemah diluar. HUAWEI tidak lokek untuk memberikan salutan warna berkilauan pada HUAWEI Nova 5T.Tiga pilihan warna yang ditawarkan, Midsummer Purple, Crush Blue, dan Black.

Cukup menarik dipandang mata, lebih-lebih lagi model berwarna ungu yang menampakkan lagi logo terbaru siri Nova. Cukup sesuai digayakan dengan apa sahaja fesyen pengguna masa kini.

Membuat kemunculan awal pada KLFW 2019 yang berlangsung hujung minggu lalu, HUAWEI Nova 5T diletakkan pada nilai RM1599 untuk pasaran tanah air. Bagi yang berminat untuk memiliki peranti ini, anda boleh dapatkannya melalui pembelian pra-tempah yang sudah bermula beberapa hari yang lalu.

Naik taraf telefon pintar Nova lama anda kepada HUAWEI Nova 5T

Menariknya juga, HUAWEI juga ada mengadakan program Level Up, membolekan anda trade in telefon pintar Nova anda yang lama dan naik taraf kepada HUAWEI Nova 5T. Layari pautan ini Program Level Up.

“Rupa paras cukup menawan,

5 kamera sokongan AI,

Kirin 980 gah jadi bualan,

Nova 5T sedap dipakai.”

Ewahhh..tunggu apa lagi, tempahlah HUAWEI Nova 5T sekarang di pautan ini (pra-tempah HUAWEI Nova 5T). Pembelian pra-tempah akan diiringi hadiah percuma bernilai RM325 berupa HUAWEI Mini Speaker (x2) serta SuperCharge Car Charger. Pra-tempah akan tamat pada 5 September ini.

Tidak ketinggalan juga, bagi yang sedang mencari tablet, HUAWEI Malaysia turut memperkenalkan HUAWEI M5 Lite pada harga RM1299. Bagi pra-tempah HUAWEI M5 Lite pula akan disediakan dengan aksesori percuma seperti HUAWEI Mini Speaker dan M-Pen Lite.

Untuk spesifikasi penuh tablet ini, layari HUAWEI Online Store.



Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....