Siakap Keli

Shopee Buat Hal Lagi, Jual Honda City RM1 Untuk Seorang Pembeli Bertuah 9.9 Nanti

Rasanya semua sedia maklum, portal membeli-belah online terkenal di Malayasia, Shopee melancarkan kempen 9.9 Super Shopping Day yang bermula dari 19 Ogos sehingga 9 September 2019.

Pelbagai produk menarik yang ditawarkan sepanjang kempen 9.9 ini. Dari produk kecantikan, kelengkapan rumah, barangan elektronik sehinggalah barangan keperluan harian.

Antara keistimewaan 9.9 Super Shopping Day yang boleh korang rebut ialah, penghantaran percuma setiap hari dengan pembelian minumum RM9 sahaja. Shopee juga menambah Shocking Sale mereka sebanyak 9 kali sehari berbanding hari biasa cuma 4 kali sahaja.

Selain itu, Shopee menyediakan Shopee Coin sebanyak 9.9 juta untuk korang rebut setiap hari menerusi permainan interaktif Goyang Shopee. Pada hari kemuncak 9 September pula, korang boleh tebus baucer setiap hari bermula jam 12 tengah malam, 12 tengah hari dan 8 malam untuk digunakan pada 9 Spetember nanti. Baucer adalah terhad.

Tambahan lagi, potongan harga sehingga 90% untuk korang belanja sakan ketika kemuncak 9.9 nanti. Paling dinantikan ialah, Shopee menawarkan sebuah Honda City dengan harga RM1 untuk seorang pembeli bertuah sahaja pada 9 September itu nanti. Jangan ketinggalan 9.9 Super Shopping Day untuk pelbagai produk dengan harga yang lebih murah.

Dalam kempen 9.9 kali ini juga Shopee membawa bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo sebagai duta kempen 9.9 Super Shopping Day.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)