Siakap Keli

(Video) Keadaan Tegang Di Gelora Bung Karno, Penyokong Harimau Malaya Dipercayai Dikuarantin

Sang Harimau Malaya berjaya membaham Si Garuda  3-2 pada aksi sulung pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno.

Sejarah tercatat di 3 minit terakhir yang menyaksikan satu keajaiban apabila Sumareh berjaya menyumbat gol penutup.

Namun sebentar tadi, heboh di media sosial tentang suasana tegang yang terjadi di dalam stadium hingga menimbulkan kekecohan.

Beberapa buah video yang tersebar di laman twitter dipercayai memaparkan situasi di dalam Gelora Bung Karno.

Menurut laporan terkini, para penyokong Malaysia sedang dipercayai dikuarantinkan di dalam sebuah tempat.

Video-video dipercayai suasana tegang di Stadium Gelora Bung Karno sejurus selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Malaysia mencatat kemenangan 2-3 ke atas Indonesia.

Sumber: Twitter

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)