Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Allah Bagi Peluang Wani Luang Masa Dengan Suami,” Pensyarah UiTM Maut, Motosikal Terbabas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap manusia pasti akan melalui pahit manis kehidupan terutama sekali sangat perit seseorang itu berhadapan dengan kehilangan orang yang paling disayangi.

Seperti yang diceritakan oleh wanita ini, Mimie Majid yang merupakan rakan karib isteri Allahyarham Noor Izham Ismail yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, dia sangat terkejut dengan berita ini.

Menurutnya, isteri Allahyarham mengambil cuti tanpa gaji selama setahun untuk memberi perhatian kepada anak-anaknya yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan UPSR dan PT3 tahun ini, tambahan pula ini adalah peluang kepada dia dan suami untuk beri perhatian kerana sebelum ini mereka terlalu sibuk.

Kuatkanlah sahabatku, 

Gigil satu badan. Seram sejuk dengar berita pagi ni tentang sahabat baik Kek Mi yang juga sama-sama baru belajar berniaga, sama-sama ambil tindakan besar dalam hidup untuk kuatkan semangat mencari ilmu dalam perniagaan.

Terbaca posting Wani sebelum ni, menceritakan tentang kesibukkan suami beliau yang juga merupakan seorang Doktor di Hospital UiTM, Sungai Buloh manakala Wani seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang mengambil keputusan untuk bercuti tanpa gaji selama setahun pada tahun ini.

Allahuakbar, Allah swt sebaik-baik perancang. Rupa-rupanya tahun ni Wani diberikan peluang oleh Allah SWT untuk dapat meluangkan masa lebih banyak dengan suami beliau.

Mohon sedekahkan Al fatihah untuk suami sahabat Kek Mi yang meninggal dunia pada pagi ini akibat kemalangan jalan raya. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal denganNya, diampunkan segala dosa-dosanya.

Al fatihah.

Menurut petikan dari berita Bernama, seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus  Sungai Buloh maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Hospital dekat sini hari ini.

Noor Izham Ismail, 40, disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Supt Azman Shari’at berkata ketika kejadian yang dilapor pada pukul 8.20 pagi itu, pensyarah yang berasal dari Kajang itu dalam perjalanan ke universiti berkenaan.

“Mangsa disyaki terbabas akibat melanggar tiang lampu jalan lalu terjatuh atas jalan raya,” katanya Bernama.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati lokasi kemalangan tidak mempunyai kamera litar tertutup dan setakat ini tiada saksi yang tampil membantu siasatan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Bernama, Mimie Majid

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang