Siakap Keli
Gambar Hiasan

Axiata Akhiri Perbincangan Untuk Bergabung Dengan Telenor

Axiata Group Bhd dan Telenor ASA telah bersetuju untuk mengakhiri ‘berbincangan’ mereka mengenai penggabungan operasi telekomunis gergasi di Asia.

Tindakan ini nyata menggencatkan terus usaha untuk mewujudkan sebuah syarikat bersama yang mempunyai 300 juta pelanggan terdiri dari sembilan buah negara.

Menurut Telenor dalam satu kenyataan mengesahkan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa keputusan itu diambil disebabkan beberapa faktor.

Bloomberg dalam laporan mereka menyatakan bahawa Saham Telenor merosot 4.8% pada 10:22 pagi di Oslo, sementara dagangan Axiata digantung.

Pihak Axiata berkata mereka akan meneroka peluang dan mengoptimumkan perniagaannya. Sementara Hanne Knudsen, jurucakap Telenor pula mengatakan bahawa Telenor akan tetap meneruskan perniagaan mereka seperti biasa.

Lembaga Pengarah Axiata bertemu untuk mebincangkan mengenai penggabungan berkenaan dan memutuskan untuk membatalkan perjanjian itu.

Sumber: Bloomberg

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)