Siakap Keli

“Buat Semua Orang Awam Yang Tak Faham,” Individu Perjelas Perlunya Peluru Hidup Untuk Demo Latihan Tentera

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tragedi yang menimpa anak kepada pelakon AR Badul iaitu Mejar Mohd Zahir Armaya yang dipercayai tercedera ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu sehingga mengorbankan nyawanya ternyata mengejutkan ramai.

Tampil memberi penjelasan untuk membuka mata ramai, Rahman Nanyan telah berkongsi pendapat mengapa perlunya peluru hidup digunakan di dalam demonstari. Dia juga mengambil contoh bagaimana kematian pegawai bomba yang dipatuk ular tedung selar walaupun individu berkenaan merupakan pakar ular berbisa.

Buat semua orang Awam yang tak faham. Saya dah malas nak menjawab.

Kali ini saya bagi ayat yang paling mudah untuk semua faham.

Soalan : Kenapa perlu guna peluru hidup berbanding peluru kapur ( blank ) untuk demo?

Jawapan : kerana Tentera di ajar untuk menembak tepat ke sasaran yang hendak dituju. Dan Komando adalah unit paling elit dalam ATM yang kehidupan seharian mereka (latihan) sebilang masa menggunakan peluru hidup. Boleh di katakan setiap Hari mereka “bermain” dengan peluru hidup.

Kenapa?

Jawapan : kerana mereka adalah barisan paling hadapan jika berlaku sesuatu ancaman. Bukan mereka nak tunjuk gagah atau hebat di mata awam. Ini kerana mereka sentisa berhadapan dengan risiko Menembak atau ditembak. Demo ini untuk membuktikan kepada anda semua bahawa tentera kita sentiasa bersiap sedia. Termasuk bersedia berhadapan situasi peluru hidup.

Apa kena mengena mempertahankan negara dengan demo menggunakan peluru hidup?

Jawapan : Kerana mereka adalah yang terlatih di antara yang terlatih. Mereka di latih untuk tidak sesekali tersasar dari sasaran. Demo ini untuk menguji keyakinan penembak dan yang di tembak. Percaya pada peralatan, percaya pada ketepatan dan juga percaya pada Takdir Tuhan.

Tapi kenapa kali ini tersasar?

Jawapan : Takdir Allah yang maha ESA. Siapa anda nak lawan. Kita semua manusia. Tidak terlepas dari kesilapan. Tuan-tuan biasa potong bawang? Seumur hidup tuan mengendalikan pisau untuk potong bawang, tak pernah ke sekali terhiris jari atau tersalah potong? Ini di namakan kemalangan. Sesuatu yang tidak diduga.

Saya bagi contoh mudah.

Ada seorang pegawai Bomba. Arwah Abu Zarin atau nama panggilan Wira Penyelamat. Pakar haiwan berbisa. Terutama ular tedung Selar. Arwah sentiasa menjadi orang pertama yang berhadapan dengan haiwan berbisa itu.

Arwah meninggal dunia kerana dipatuk ular ketika sesi mandikan ular dan mengajar anak buahnya.

Dalam kes ini, nampak tak risiko yang di hadapi? Kenapa tuan-tuan tak nak soal? Asal tak pakai ular getah je sebagai latihan atau demo?

Sebab pekerjaan mereka semenangnya mulia lagi berbahaya. Mereka tahu risiko mereka. Dan saya harap tuan-tuan faham dan jelas. Kenapa demo itu menggunakan peluru hidup.

Tugas mereka memang berbahaya dan berisiko. Mereka faham. Cukup-cukuplah bersoal itu ini. Doakan agar kedua Arwah, sentiasa dicucuri rahmat dari Allah dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Saya tak mintak tuan-tuan faham tugas mereka, cuma saya mintak tuan-tuan berhenti dari menyalahkan sesiapa. Semuanya takdir.

Alfatihah kepada kedua Hero. Mereka Hero dalam bidang mereka.

Kematian mereka mulia. Kematian kita?

Sumber : Rahman Nanyan

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra