Siakap Keli

Huawei Nova 5T Peranti Dengan 5 Kamera AI Ini Mula Dijual Esok, Dapat Hadiah Tambahan Bernilai RM1,127

Huawei Nova 5T diperkenalkan ke pasaran tempatan dengan penuh gilang gemilang pada acara KLFW beberapa minggu lalu, memfokuskan kepada golongan yang mementingkan gaya dan prestasi pada masa yang sama.

Apa yang membezakan Huawei Nova 5T ini dengan telefon pintar lain di pasaran adalah rekaan unik hologram dengan memperagakan logo Nova yang seakaan tertimbul mengikut sudut pandangan berbeza pada model Midsummer Purple.

Dan yang paling penting, aspek utama sebuah telefon pintar pada masa kini adalah keupayaan kameranya. Huawei Nova 5T turut menampilkan binaan 4 kamera AI untuk memberikan lebih kegunaan kepada pengguna.

Kamera pertama 48MP bersama fungsi AI dapat memberikan hasil gambar dengan warna yang terang, pekat dan tidak perlu ‘edit’ untuk dimuatnaik ke media sosial.

Gambar pada waktu malamnya juga terang disamping mengekalkan perincian gambar dengan bantuan AIS Super Night Mode.

48MP – Super Night Mode

Kemudian jika anda berada didalam keadaan yang sempit untuk mengambil gambar secara berkumpulan, anda boleh sahaja menukar ke Mode Ultra Wide Angle. Kamera sudut luas 16MP ini sangat membantu jika berada dalam keadaan terdesak.

Mobile photography atau nama singkatannya phontography kini lebih mudah dengan peranti ini.

Turut dibekalkan dengan ‘depth sensor’ untuk gambar potret dan juga lensa makro untuk mengambil gambar bunga atau subjek kecil dengan lebih sempurna.

2MP – Macro

Kehebatan Huawei Nova 5T ini bukan sahaja terletak pada kameranya, namun prestasi dalaman peranti ini turut menjadi aspek kenapa ia menjadi perbualan hangat ketika ini.

 

Dikuasakan dengan cip pemprosesan berkelas bangsawan, Kirin 980 (sama seperti model flagship seperti siri Huawei P30), memastikan peranti ini beroperasi dengan lancar tak kira untuk kegunaan sosial media serta gaming, lebih-lebih lagi dengan paduan dari ciri GPU Turbo 3.0.

https://www.youtube.com/watch?v=RWf53H4oeXE

Dengan RAM 8GB dan ruangan simpanan 128GB, pengguna tidak perlu lagi risau tentang kegunaan berat ‘multitasking’.

Tidak berhenti disitu, peranti ini turut memiliki bateri bersaiz 3,750mAh yang mampu bertahan seharian dan yang paling penting pengecasan 22.5W, tidak perlu lagi menunggu lama untuk pengecasan penuh.

Nampak? Huawei Nova 5T bukan sahaja memuatkan komponen dalaman yang terbaik malah tampil menarik dengan rekaan penuh bergaya. Ia bersesuaian dengan pengenalan awalnya yang dibuat ketika acara pertunjukkan fesyen KLFW beberapa minggu sudah.

Huawei Nova 5T akan mula dijual pada 7 September ini pada harga RM1,599. Yang menariknya dengan setiap pembelian, anda akan menerima 1x Huawei SuperCharge Car Charger (RM127), ganjaran istimewa Nova bernilai sehingga RM1000 bersama 1 tahun waranti tambahan. Ini bermaksud, beli Huawei Nova 5T anda akan terima ganjaran keseluruhan bernilai sehingga RM1127.

Untuk pengguna nova 5T, korang boleh dapatkan pelbagai ganjaran ni dari Member Center:

  • Baucar langganan Viu selama 3 bulan
  • Jimat sebanyak RM120 dengan pembelian minimum sebanyak RM400 di PUMA
  • Promosi hebat dari rakan kongsi HUAWEI seperti Sunway Lagoon (diskaun 37% untuk tiket masuk), DahMakan, Celebrity Fitness, American Tourister dan banyak lagi.

Pelbagai tawaran percuma dari GSC, Photobook Malaysia, Baskin-Robbins dan lain-lain

Untuk dapatkan semua ganjaran hebat ni, korang boleh pergi ke aplikasi Member Center yang boleh didapati di HUAWEI AppGallery.

Berita baik buat pengguna setiap Huawei, anda boleh ‘trade-in’ telefon lama anda dan menaiktaraf kepada Huawei Nova 5T ini melalui program Level Up dari Huawei.

Bersama-sama dengan penawaran telefon pintar ini, Huawei Malaysia juga akan mula menjual Huawei M5 Lite pada tarikh yang sama, 7 September 2019. Pembelian tablet ini bakal diiringi dengan 1x Huawei Mini Speaker (RM268) sementara stok masih ada.



Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....