Siakap Keli

Kecoh Di GBK, Menteri Sukan Indonesia ”Face To Face” Dengan Syed Saddiq Untuk Mohon Maaf

Menteri sukan Indonesia, Imam Nahrawi akan berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq di Jakarta pagi ini untuk memberi respon tentang insiden kekecohan yang berlaku selepas pasukan Indonesia ditumpaskan oleh pasukan Malaysia berikutan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Gelora bung Karno (GBK) Jakarta malam semalam.

Kekalahan Indonesia itu telah menyebabkan kekecohan di dalam dan luar stadium. Tindakan beberapa penyokong Indonesia yang menyeberang turun melepasi pagar di bahagian penonton itu telah membuatkan perlawanan terpaksa dihentikan seketika selama 10 minit pada separuh masa kedua.

Mereka juga turut dilaporkan membaling objek seperti botol minuman dan suar ke arah penyokong pasukan Malaysia. Selain di pertengahan separuh masa kedua, tindakan itu juga turut dilakukan kembali setelah perlawanan tamat yang menyaksikan pasukan Malaysia menang dengan keputusan 3-2.

Berikutan dengan kejadian itu, Menteri Sukan Indonesia bercadang untuk bertemu dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq untuk mohon maaf secara berhadapan pada pagi ini di salah satu hotel yang berdekatan dengan Gelora Bung Karno Senayan.

Sumber: ANTARANEWS

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.