Siakap Keli
Gambar: Dokter Sehat

Ketahui Apa Itu Pedofilia, Bagaimana Ia Terjadi Serta Bagaimana Cara Untuk Mengatasinya

Baru-baru ini terdapat satu isu yang tular di media sosial dalam kalangan masyarakat kita berkenaan dengan seorang pesalah pedofilia yang melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti awam.

Ianya menjadi tular kerana ramai pengguna-pengguna sosial media marah kerana pesalah tersebut tidak dikenakan hukuman atau apa-apa tindakan seperti penjenayah yang lain. Di luar negara, sesiapa yang didapati bersalah melakukan perbuatan yang berkaitan dengan pedofilia ini akan dijatuhi hukuman yang keras.

Ianya kerana, pedofilia ini adalah suatu perbuatan yang dianggap sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ini kerana pedofilia ini melibatkan kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa dijadikan sebagai hamba seks bagi seseorang yang mempunyai nafsu yang tidak normal. Malahan, sesiapa yang terjebak dengan perbuatan pedofilia ini juga dianggap sebagai seorang yang mempunyai sakit mental.

Jadi sebagi ibu bapa, kita seharusnya menjaga serta memantau anak kita tidak kira di mana mereka berada bagi mengelakkan sesuatu perkara yang buruk terjadi kepada anak kita. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pedofilia ini, ikuti perkongsian yang dikongsi oleh PDRM seperti berikut:

Gambar: Fb PDRM

APA ITU PEDOFILIA?

Pedofilia adalah penyakit mental kronik yang menyebabkan penghidapnya berasa ghairah apabila melihat kanak-kanak atau gambar mereka.

BAGAIMANA PEDOFILIA TERJADI?

Kes pedofilia sangat berkait rapat dengan penyalahgunaan internet. Pemangsa akan mengeksploitasi kanak-kanak yang belum matang dari segi fizikal, mental dan emosi.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASINYA?

Setiap pihak perlu mengembleng tenaga dan merancang strategi efektif untuk menyelesaikan isu pedofilia.

Bimbingan dan pengawasan daripada ibu bapa, penjaga dan guru yang boleh membawa kesan awal perubahan sekiranya kanak-kanak tersebut terlibat dalam gangguan seksual pedofilia.

Justeru, ibu bapa juga dinasihatkan tidak memuat naik atau terlalu mendedahkan gambar anak di laman sosial, terutama dalam keadaan tidak sempurna termasuk dari segi berpakaian bagi mengelak terdedah kepada pedofilia.

Segera laporkan sebarang kes atau maklumat berkaitan pedofilia di Talian Kasih 15999.

Sumber: PDRM

Aqmal Ezany

I write what is right