Siakap Keli
Gambar: MotoMalaya.net

Proton Iriz R5 Kini Dimasukkan Dalam Permainan Video Popular “World Rally Championship” (WRC)

Permainan video rasmi Kejohanan Rali Dunia (WRC) yang terbaru dilancarkan semalam telah membanggakan rakyat Malaysia apabila salah satu model binaan Mellors Elliot Motorsport (MEM) kereta Proton Iriz R5 turut ditampilkan di dalam permainan video yang dibangunkan oleh Kylotonn tersebut.

Proton Iriz R5 telah disenaraikan bersama kereta-kereta rali ikonik sepanjang zaman di dalam permainan video tersebut antaranya ialah Lancia Stratos 1974, Ford Escort Mk11 RS1800 1974, Lncia 037 Group B 1983 dan Volkswagen Polo R WRC 2016. Walaupun model Proton Iriz tidak pernah membuat penampilan di dalam WRC, sebab pembangun permainan video ini memasukkannya masih lagi menjadi tanda tanya.

Sebelum ini, MEM sendiri pernah menghasilkan kereta-kereta Proton yang lain khususnya digunakan untuk perlumbaan rali. Antara model kereta Proton yang pernah dihasilkan adalah Proton Satria Neo S2000 dan Proton PERT Evo VI Group N.

Gambar: Flickr, Rallystar

Kereta Proton Satria Neo s2000 yang dipandu oleh Alister McRae itu pernah bertanding dalam Kejohanan Rali Antara Benua (IRC) WRC dalam kategori SWRC dan pernah menjuarai Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun 2001. Manakala Proton PERT Evo VI Group N yang dipandu oleh Karamjit Singh pula pernah menjuarai WRC kategori Produksi (PWRC) pada tahun 2002.

Sejak kemunculan pertama Proton Iriz R5 pada Goodword Festival of Speed 2017, model ini telah memenangi pelbagai kejohanan rali nasional yang dianjurkan di Britain termasuklah juara sebanyak tiga kali berturut-turut di Forest Stage Rally Goodword pada 2017 sehingga 2019 dan kejuaraan yang paling baru dikecapi adalah di Woodpecker Stage Rally 2019 hujung minggu yang lalu.

Dalam permainan video WRC 8 yang baru dilancarkan itu, terdapat 4 buah kereta utama dari empat pasukan yang sedang merebut gelaran juara WRC untuk musim 2019 iaitu Citroën Total C3 WRC, Hyundai Motorsport i20 N Coupe WRC, M-Sport Ford Fiesta WRC dan Toyota Gazoo Racing Yaris WRC.

Pemain boleh memilih lebih 50 karakter yang merupakan pemandu rali sebenar untuk digunakan bagi memulakan permainan antaranya ialah tiga pemandu yang sedang merebut gelaran juara dunia 2019 iaitu Sebastien Ogier, Thierry Neuville dan Ott Tanak.

Sumber: sportnews.blogdaddy

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.