Siakap Keli

“Semoga Tidak Ada Hukuman Daripada FIFA Yang Buat Kita Susah” – Calon Pengerusi Bola Sepak Indonesia

Pasukan Harimau Malaya pada malam semalam telah memenangi hati rakyat Malaysia apabila memenangi perlawanan menentang Indonesia bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno. Namun, kemenangan tersebut ‘diraikan’ dengan insiden rusuhan yang agak teruk.

Berikutan perkara itu, Calon Pengerusi Football Association of Indonesia (PSSI), M Iriawan atau lebih dikenali sebagai Iwan Bule berharap agar Indonesia tidak dihukum oleh pihak FIFA. Dia juga turut menyedari bahawa insiden tersebut merupakan perkara yang sangat merugikan dan akan memberi kesan kepada Indonesia.

“Terkait suporter kita dirugikan dengan kejadian ini. Saya tidak tau apakah ada catatan dari FIFA dan semoga tidak ada hukuman yang membuat kita susah,” kata Iwan Bule.

Harapan yang disuarakan oleh Iwan Bule itu adalah disebabkan kerisauannya terhadap pemain Indonesia yang bakal mengalami kesukaran untuk menganjurkan pertandingan di peringkat antarabangsa pada masa akan datang. Tambahan lagi, Indonesia pada waktu ini berada dalam senarai pencalonan bagi tuan rumah Piala Dunia U-20 pada tahun 2021.

“Bisa saja kita gak boleh bermain di kandang lagi. Tapi semoga gak demikian,” tutur Iwan Bule.  “Ini menjadi pelajaran buat suporter kita. Apalgi kita mau maju Piala Dunia 2021 tentu tak mudah buat gelar pertandingn itu,” jelas Iwan.

Insiden yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno dilihat sebagai kejadian yang tidak patut berlaku.

Sumber: Kompas.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra