Siakap Keli
Gambar: ABC

Tak Dapat Terima Hakikat Kucing Mati, Lelaki Nekad Untuk Klon Kucingnya

Setelah bertahun-tahun hidup bersama, kini saatnya mereka berpisah. Hanya pencinta kucing sahaja yang dapat memahami kesedihan tuan yang ‘kehilangan’ kucing kesayangan buat selama-lamanya.

Walaupun sudah berjam-jam dia selesai menanam bangkai kucing yang dinamakan sebagai Garlic itu, jiwanya masih menafikan hakikat bahawa kucingnya itu telah mati.

Tiba-tiba mindanya kembali terimbas satu artikel yang pernah dibacanya. Artikel berkenaan menceritakan tentang satu kejadian yang berlaku di China di mana seekor anjing pernah menjalani proses pengklonan (duplikasi).

Anjing yang pernah diklonkan (Gambar: Express.co.uk)

Lelaki tadi lantas pergi ke sebuah syarikat pengklonan di Beijing, China untuk memnyatakan hasratnya itu. Dia berhajat hendak ‘menghidupkan’ semula kucingnya itu.

Menggunakan wang hampir $ 35,000 (kira-kira RM 146,597.50) akhirnya impiannya tercapai. Malah syarikat itu mengatakan bahawa kejayaan itu adalah pertama seumpamanya.

Kiri: Kucing asal, Kanan: Kucing yang berjaya diklonkan (Gambar: Mothership)

Media rasmi China juga menjelaskan bahawa kucing tersebut diisytiharkan sebagai kucing pertama di negara itu yang berjaya diklonkan.

Mereka juga mendakwa keberhasilan itu dapat menjadikan mereka sebagai negara ‘pakar genetik dan pengklonan’.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=M8RBLab0Lis?start=67]

Sumber: The New York Times

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.