Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Taufan Lingling Semakin Menghampiri Korea Selatan – Agensi Cuaca

Seoul : Taufan yang kuat dan semakin pantas menghampiri Korea Selatan dengan angin kencang serta hujan lebat dijangka melanda negara itu tidak lama lagi, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan agensi cuaca pada Jumaat.

Lingling, yang merupakan taufan ke-13 tahun ini, melewati kawasan laut di bahagian barat daya Okinawa, Jepun pada kelajuan 20 hingga 30 kilometer sejam pada pukul 7 pagi, menurut Persatuan Meteorologi Korea.

Agensi cuaca memberi amaran kelajuan angin boleh mencapai puncak pada 55 meter sesaat, atau 200 kilometer sejam, di beberapa kawasan pulau.

Pada kelajuan semasa, taufan itu dijangka tiba di kawasan perairan 150 kilometer di barat daya Jeju menjelang pukul 3 pagi pada Sabtu dan 140 kilometer di barat daya Seoul menjelang pukul 3 petang pada hari sama.

Ia diramal melanda wilayah Hwanghae di Korea Utara pada pukul 7 malam, menurut agensi cuaca itu.

Korea Selatan bersiap siaga untuk berdepan badaian taufan kuat itu dengan amaran awal dikeluarkan ke seluruh negara.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.