Siakap Keli
Dr Amalina berang

Terima ‘Inbox’ Daripada Gadis, Keluarga Tunang Minta ‘Check’ Status Dara, Ini Jawapan ‘Win’ Dr. Amalina

Sudah menjadi kebiasaan, ada di antara masyarakat kita yang akan mengaitkan selaput dara dengan soal keperawanan wanita. Bahkan, mengikut cerita orang dulu-dulu, ada yang akan memeriksa kain cadar yang ditiduri pasagan pengantin pada keesokkan pagi bagi mengentahui pasangan pengantin yang dikahwini masih dara atau tdiak.

Namun, hakikatnya dengan hanya menilai keadaan selaput dara sebenarnya tidak boleh menentukan ‘virginity’ seseorang wanita itu adakah dia pernah melakukan hubungan kelamin atau tidak. Banyak faktor yang menyumbang kepada terjejasnya selaput dara seperti melakukan aktiviti lasak seperti berlari, bersenam, membuat regangan, berbasikal atau memanjat sesuatu.

Perkongsian oleh Dr Amalina Bakri melalui di media sosial twitter ini menunjukkan betapa masih rendahnya tahap pemikiran masyarakat mengenai isu ini. Organ seksual wanita ini seringkali menjadi salah faham dan topik bualan sehinggakan seorang gadis bertanya mengenai medical check-up di bahagian selaput dara kerana diminta oleh keluarga tunangnya. Seriously?

Ada tak minta medical check-up untuk bagi bukti?

Sedihnya apabila tunang dan keluarganya meminta bukti sebegitu

Dr Amalina turut menyatakan rasa sedih dengan permintaan keluarga tunang kepada gadia berkenaan yang dirasakan tidak patut.

Bagi memberi penjelasan panjang lebar, beliau turut berkongsi artikel daripada Prof Dr Imelda mengenai ‘selaput dara’. Tidak keterlaluan andai dikatakan, masyarakat kita masih belum mendapat pemahaman yang sebenar mengenai isu ini.

Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka

Sila tinggalkan tunang anda

Keluar daripada keluarga tersebut

Putuskan hubungan serta-merta

Nanti dah kahwin minta pula bukti boleh beranak ke tidak

Sumber : Twitter : DrAmalinaBakri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra