Siakap Keli
Kredit: Wiki How/Science Insider/Blackhead

(Video)Rupanya Ada Macam-Macam Benda ‘Bersarang’ Dalam Pusat, Penemuan Saintis Ini Amat Mengejutkan

Tahukah anda, pusat merupakan parut pertama kita sejak lahir? Ia terbentuk selepas tali pusat yang berfungsi untuk menyalurkan nutrien pada bayi dalam kandungan dipotong setelah kelahiran.

Setelah dipotong, bukaan pada tali pusat akan mengecil lalu tenggelam menjadi lubang pada abdomen. Apa ya yang bersarang di dalam lubang tu? Hurm.

Jawapannya ada dalam hasil kajian seorang saintis, Georg Steinhauser. Selama 3 tahun, beliau telah menemubual rakan-rakannya dan mengambil 503 sampel dari pusatnya sendiri. Beliau mendapati terdapat serat atau cebisan bebenang pakaian di dalam pusat yang didorong masuk oleh bulu roma pada permukaan abdomen.

Selain itu, dalam satu penyelidikan, seramai 60 orang individu secara sukarela turut memberi sampel pusat mereka. Berdasarkan sampel itu, saintis mendapati terdapat beberapa bahan yang terkandung di dalam pusat iaitu;

  • Cebisan benang atau serat baju
  • Rambut
  • Sel kulit mati
  • 2300 jenis bakteria

Secara purata, setiap pusat mengandungi 67 jenis bakteria berbeza antaranya staphylococcus yang turut dijumpai di dalam hidung, tekak dan rambut.

Selain itu, saintis turut menemui bakteria yang tidak pernah dijumpai di atas permukaan kulit manusia, marimonas. Bakteria ini sering ditemui di lautan.

Walaubagaimanapun, kebanyakan bakteria-bakteria ini tidak berbahaya, sebaliknya ia mungkin membantu sistem pertahanan kulit.

Namun jika anda tidak mencuci pusat secara berkala, ia boleh menjadi busuk, dijangkiti yis sehingga mengakibatkan kegatalan dan kemerah-merahan.

Oleh itu, anda disarankan untuk mencuci bahagian tersebut dengan sabun atau air suam sekali seminggu bagi membersihkan kotoran terkumpul.

Sumber: Science Insider

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.