Siakap Keli

Menangis Kerana Gol Sumareh, Tuah Kanak-Kanak Lelaki Dapat Jemputan FAM Perlawanan Selasa Ini

Kehebatan pasukan bola sepak Harimau Malaysia dengan menghadiahkan jaringan 3-2 kepada skuad Garuda di Stadium Gelora Bung Karno sememangnya menjadi kebanggan seluruh rakyat negara ini.

Salah satunya seperti perkongsian yang tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang menangis terharu selepas Malaysia berjaya membuat gol kemenangan menerusi pemain bernama, Muhamadou Sumareh.

Gol Sumareh!

Rupanya Anak Nadiya Nissa

Sebelum video tersebut menjadi tular, pelakon Nadiya Nissa telah berkongsi video anaknya yang bernama Omar itu.

Dia merakamkan video anaknya yang terlalu menghayati permainan tersebut sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu terharu dengan kemenangan Malaysia.

Tolong jemput adik ini

FAM jemput Omar ke perlawanan Malaysia menentang UAE

Video itu telah menarik perhatian pihak Presiden Football Association Malaysia (FAM). Pihak FAM telah menjemput Omar ke perlawanan Malaysia menentang UAE pada 10 September nanti.

View this post on Instagram

Selamat pagi Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύβ˜ΊοΈ Yesterday has been an unforgettable experience to me & family. We received an overwhelming respond by all the Malaysians towards my home-video of Omar celebrating the last minute goal from Sumareh in IDN vs MAS match last Thursday. Terharu membaca kata-kata semangat yang diberikan kepada Omar. Memang betullah SPORTS UNITES US ALL πŸ’ͺ🏼 Omar memang peminat setia sukan bola sepak & tidak pernah luntur semangatnya bermain & menyokong pasukan Malaysia. Terima kasih semua atas ucapan & doa-doa buat Omar. Dan tak kurang juga yang sedia nak belanja Omar tiket perlawanan. Berkat doa & permintaan daripada anda semua InsyaAllah Omar akan bersama-sama menyanyikan lagu NEGARAKU di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tanggal 10 September nanti. Malaysia Boleh πŸ‡²πŸ‡Ύ #RisingTogether #BangkitBersama #TeamMalaysia #MalayanTiger #HarimauMalaya #bullyingOmar

A post shared by Nadiya Nisaa K (@nadnisaa) on

Sumber : Twitter, nadnisaa

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra