Siakap Keli
Gambar: Goal.com

“Orang Bagi Taik, Kita Bagi Bunga”, Netizen Bagi Cadangan ‘Win’ Sambut Penyokong Skuad Garuda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketegangan yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno pada malam lalu bagaikan detik hitam bagi kedua-dua pasukan terutamanya pasukan tuan rumah.

Tindakan penyokong tuan rumah yang didakwa membaling batu kepada penyokong Malaysia dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Tambahan lagi, ianya juga telah mencemarkan kehangatan perlawanan yang melibatkan kedua-dua negara serumpun itu.

Berikutan itu, penyokong Malaysia diharapkan tidak mencontohi tabiat buruk yang dipamerkan oleh mereka. Namun, adalah lebih baik sekiranya penyokong Harimau Malaya memberi layanan yang baik terhadap pasukan Indonesia sekiranya mereka bertandang ke sini kelak.

“Orang bagi taik, kita bagi bunga”

Individu tersebut menyarankan agar pihak penyokong Malaysia memberi layanan yang baik terhadap penyokong lawan pada pertemuan melibatkan pasukan yang sama di Malaysia kelak. Sikap tersebut dilihat dapat meleraikan persengketaan yang melibatkan kedua-dua negara itu.

“Kita tunjuk yang kita ada mentaliti semangat kesukanan yang sihat dan lebih baik”

Tambahnya lagi, sekiranya penyokong lawan tidak menerima, seeloknya bunga-bunga itu diletakkan sahaja dilaluan mereka dengan tujuan mengalu-alukan kedatangan mereka. Perbuatan itu secara tidak langsung akan dapat memperlihatkan semangat kesukanan yang tinggi terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Tunjuk kat ultras mereka yang kita lebih baik, lebih professional”

Tindakan itu bukanlah untuk menyemarakkan lagi api kemarahan, namun ianya hanya untuk mempamerkan bahawa penyokong Malaysia mempunyai profesionalisme yang tinggi terutamanya dalam bidang sukan.

Rata-rata warganet juga bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh individu tersebut. Perkara ini kerana ianya dapat menganjurkan penyelesaian terhadap ketegangan yang dialami oleh kedua-dua pihak penyokong.

“Sedia untuk turut menyumbang membeli bunga”

“Kalau bunga ros, mau semerbak satu stadium”

“Setuju sangat. Tunjukkan kita ni bertamadun dan profesional”

“Ini sukan untuk menyatukan bukan untuk memecahbelahkan antara negara”

Sumber: Lameriff

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra